Tampilkan postingan dengan label KDS1M. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KDS1M. Tampilkan semua postingan

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Diagihkan

on 29 Agustus 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan di premis perniagaan terpilih, mula diagihkan semalam.

Dengan adanya Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta boleh menikmati potongan harga berkenaan ketika membeli pelbagai barangan keperluan di lebih 1,200 premis perniagaan, bermula Sabtu ini. 

KDS1M itu diagihkan secara berperingkat kepada 1.5 juta pelajar bagi fasa pertama. KDS1M diberikan secara percuma kepada pelajar tahun satu, dua dan tiga IPT awam serta swasta yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Kini KDS1M sudah mempunyai 179 syarikat yang menawarkan potongan harga antara 10 sehingga 60 peratus kepada mahasiswa dengan setiap pembelian menggunakan KDS1M

Antaranya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly serta MASwings juga  turut menyertai program tersebut dengan memberikan potongan harga tiket penerbangan sehingga 50 peratus.

Pemberian Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha untuk menangani masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa. 

Kerajaan berharap, melalui penggunaan kad itu, pelajar akan dapat menikmati potongan harga bagi setiap pembelian barangan seperti makanan, alat tulis, buku, perubatan dan tiket penerbangan.


  1. Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


  • MAS, Firefly, MASwings tawar diskaun 50 peratus
  • 179 syarikat mengambil bahagian berbanding 51 syarikat peringkat awal
  • Lebih 1,200 pusat jualan seluruh negara

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved