Tampilkan postingan dengan label Malware. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Malware. Tampilkan semua postingan

Blog Dr. Maza Diserang Malware?

on 06 Mei 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera.

Gambar hiasan
Anda kenal tak Dr. Maza atau lebih dikenali dengan nama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin? Mesti kenal kan. Beliau merupakan bekas mufti Perlis sehingga 11 Nov 2008. Cuba tengok SINI atau SINI untuk mengenali belau lebih lanjut. Sebenarnya beliau mempunyai beberapa blog dan saya seringkali mengunjungi blog beliau kerana banyak ilmu yang yang dikongsikan dalam blog miliknya. Antara blog yang beliau miliki ialah blog minda tajdid. Artikel-artikel yang dihasilkan dalam blog tersebut sangat menarik dan penuh dengan ilmu-ilmu yang berharga. 

Dr. Maza
Namun blog tersebut tidak dapat dikunjungi buat masa sekarang. Ini kerana blog tersebut dikesan mengandungi malware dan boleh menyebabkan komputer anda berkemungkinan akan dijangkiti malware tersebut sekiranya mengunjunginya. Salah seorang pengunjung blog saya telahpun mendapat amaran dari pihak google selepas mengunjungi blog saya. Dan dari amaran tersebut, pihak google mengatakan bahawa blog saya mengandungi kandungan pada blog Dr. Maza. Dan setelah memeriksa blog ini, saya dapati blog saya ada membuat pautan ke blog Dr. Maza iaitu di ruangan bloglist blog saya. Amaran tersebut adalah seperti dibawah:

Warning: Something's Not Right Here!
jomkongsistory.blogspot.com contains content from drmaza.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.
Google has found malicious software may be installed onto your computer if you proceed. If you've visited this site in the past or you trust this site, it's possible that it has just recently been compromised by a hacker. You should not proceed, and perhaps try again tomorrow or go somewhere else.
We have already notified drmaza.com that we found malware on the site. For more about the problems found on drmaza.com, visit the Google Safe Browsing diagnostic page.

If you understand that visiting this site may harm your computer, proceed anyway.

Help improve detection of malware by sending additional data to Google about sites on which you see this warning. This data will be handled in accordance with the Safe Browsing privacy policies.

Bagi mengelakkan blog saya turut dijangkiti malware tersebut, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan link blog Dr. Maza dari bloglist blog saya buat masa sekarang sehinggalah blog tersebut bebas dari malware.  Sekiranya anda ingin mengunjungi blog beliau buat masa sekarang, anda bolehlah berkunjung ke blog-blob beliau yang lain. SINI atau SINI. Diharap blog minda tajdid milik beliau akan cepat sembuh dari malware-malware durjana. hehe


Jangan lupa Klik LIKE sini ya^^



Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved