Tampilkan postingan dengan label Senjata Api. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Senjata Api. Tampilkan semua postingan

Penyeludupan Senjata Api

on 28 Agustus 2012


Penyeludupan Senjata Api |Dua hari lalu, dua bouncers kelab malam telah ditembak mati di Kuala Lumpur di hadapan khalayak ramai.

Semalam, di Terengganu, lelaki Melayu sedang bermain dam bersama rakan disahkan mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh suspek berbangsa Malayu.

Manakala sebelum ini lelaki India sedang menunggu anak berhampiran sekolah di Subang Jaya, Selangor juga ditembak mati di dalam kenderaannya.

Tentunya ramai berkata, ajal mereka sudah tiba.

Kes jenayah seperti itu menarik perhatian. Tanpa senjata api, pistol, kes itu tidak mungkin berlaku biarpun kematian adalah lumrah alam.

Dalam 3 kes di atas, 3 pistol digunakan. Timbul persoalan, dari mana datangnya senjata api terbabit.Pastinya di negara kita pistol tidak boleh dibeli di kedai pinggiran jalan.

Malaysia berbeza jika dibandingkan dengan Thailand. Di Bangkok senjata api dijual di kedai tepi jalan dengan harga RM700 sahaja atau lebih murah daripada itu.

Justeru tidak hairan jika nyawa manusia mampu diragut seperti nyawa tikus di negara jiran.

Menurut sumber yang pernah melakukan liputan di Sungai Golok, suatu ketika dahulu. Kini dipercayai terdapat kira-kira 133 jeti haram di sepanjang sungai menjadi sempadan di antara Malaysia dan Thailand itu. 


Kegiatan menaiki bot galah bagi menyeberang sempadan masih berterusan sehingga kini jika penduduk ke dua negara enggan menggunakan pintu masuk sah di darat.

Tambang dikenakan di antara 50 sen dan RM1 sahaja.

"Rakyat tinggal di dua tebing ramai bersaudara dan menyeberang sungai menggunakan bot galah sudah menjadi kegiatan turun temurun"

Itu alasan digunakan oleh mereka yang bertanggungjawab memantau kegiatan di Sungai Golok.

Di jeti haram, pelbagai barangan diseludup di antara dua negara, antaranya beras dan bawang putih. Manakala di daratan, kegiatan menyeludup petrol menggunakan kenderaan pick-up dari Malaysia ke Thailand masih lagi tidak dapat ditangani secara total.

"Bawang putih di Thailand, kualiti kurang baik. Malaysia punya lebih bagus," ujar peniaga saya temui.

Sungai Golok, panjang dan tidak mampu dipantau oleh pihak berkuasa Malaysia selama 24 jam sehari. Tambahan pula manusia tidak mampu lari dari sifat lalai sewaktu menjalankan tugas mereka.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved