Tampilkan postingan dengan label Shaherah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Shaherah. Tampilkan semua postingan

SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL

on 30 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Segmen...segmen..segmen... Tak abis-abis dengan segmen. haha. Hari ni kan masa tuk bersegmen. Macam biasa la hujung minggu sj mesti banyak blogger yang buat segmen. Apa lagi join la tuk mengisi masa terluang.

kali ni pula segmen dari seorang blogger perempuan namanya Shaherah. Segmen ni minta sesiapa yang join segmen ni untuk cerita pasal cita-cita korang masa kecil dulu. Untuk siapkan entri ni saya kena la mengimbas kembali kisah2 masa zaman kanak-kanak hingusan dulu. Jap nak ingat balik.. ZZzzz.... Bukan tidur ya tengah berfikir tu. hehe

Ok2... Dah ingat balik. Pada zaman dahulu kala, sewaktu hingus kehijauan masih lagi meleleh di hidung, saya selalu bercita-cita nak jadi mata-mata. Hah!!... korang tau tak apa tu mata-mata? Bukan nak jadi mata tapi mata-mata. Maksud saya polis la. Ni sebabnya saya selalu terpengaruh dengan rancangan tv yang cerita pasal kerjaya polis ni. Salah satunya ialah gerak khas. Korang pun tau kan pasal cerita tu sebab rancangan tu memang femes sampai sekarang pun masih ada. Tapi sekarang dah jarang tengok la. Sebab kak rumah sewa tak ada tv. Nak tengok online internet slow pulak. Masa kat sekolah pula bila cikgu tanya pasal cita-cita mesti cakap nak jadi polis. Entah apa yang best sangat pasal polis ni. Sebab boleh pegang senjata kot. hehe

Dahulu
Sekarang

Tapi sekarang cita-cita tu tinggal memori. Saya dah masuk dalam bidang kejuruteraan dan sekarang masih lagi belajar. InsyaAllah setahun lagi dah nak grad. kalau ada rezeki nak jadi engineer. hehe. Doakan ya.


Permintaan dari cik Shaherah:
Dalam segmen ni tuan punya pemilik segmen suruh jugak komen pasal blog dia tu. Dan bagi pendapat apa yang boleh diperbaiki. huhu. Sebenarnya saya tak tau nak komen apa sebab saya pun masih baru lagi dalam dunia blogging nih. Tapi disebabkan cik Shaherah nak jugak saya tolong komen sikit la. Boleh kan. Blog Shaherah ni memang dah lawa dan tak la berat. Maksud saya loading page dia tu tak berat. Senang nak masuk. Penambahbaikan pula rajin-rajinkanlah buat segmen ya. Hehe.. Nanti boleh saya join. Jangan lupa inform kalau Shaherah buat segmen baru.

Ok la. setakat ni je lah entri kali ni. Nanti malas pula korang nak baca. Sebelum tu blogger yang saya tag untuk join segmen ni ialah bella_bumbum & lieya_idlia2307. Blogger lain yang berminat tu boleh join jugak, Klik SINI.


Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved