Tampilkan postingan dengan label Zakat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Zakat. Tampilkan semua postingan

Tanggungjawab Pemegang EMAS!

on 01 April 2011

Assalamualikum dan Salam Blogger untuk Para Pembaca.
Pernahkah nilai emas menyusut?
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai Emas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh sesiapa yang memilikinya. Secara jujurnya saya juga tidak berapa mengambil tahu mengenai perkara ini disebabkan saya tidak memiliki apatah lagi memakai emas. Dalam Islam lelaki adalah dilarang memakai barangan emas sama seperti kain sutera. 

Rasulullah bersabda: "Diharamkan emas dan sutera bagi lelaki dari umatku dan dibolehkannya bagi wanita dari umatku (HR.Tirmizi, hadith hasan sahih). 

Demikian juga riwayat Abu Dawud.

Hikmah pengharaman sutera bagi lelaki ialah agar mereka tidak bermewah-mewah di dunia ini dan tidak menimbulkan kesombongan (HR. Bukhari dan Muslim).


Apa itu emas?
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Sumber rujukan: wikipedia.org

Tidak seperti golongan lelaki, golongan wanita dibolehkan untuk memakai barangan emas. Namum mereka terikat akan tanggungjawab untuk membayar zakat emas. Ramai yang hanya tahu membeli dan memakai sahaja namum tanggungjawab untuk membayar zakat emas dilupakan. berikut adalah cara pengiraan zakat emas di Malaysia.

Emas yang tidak dipakai (Disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

2.5 gram x nilai emas yang disimpan (Jika melebihi nisab)

Contoh: RM 8000 x 2.5% = RM 200

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib untuk dikeluarkan zakat keatasnya. Tetapi jika ia melebihi 'uruf' (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. 

Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram
             Uruf emas = 150 gram
             Berat emas yang layak dizakat = 250 gram - 150gram
                                                         = 100 gram 
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
                                    = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
                                    = RM192.90

(Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar nilai uruf adalah 150 gram emas)


Tanggungjawab membayar zakat emas ada disebutkan dalam Al-Quran:

Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Maka sebagai umat Islam yang meminjam harta Milik Allah, jalankanlah tanggungjawab anda untuk membayar zakat. Jangan hanya tahu memakai tetapi tidak mengambil berat tentang tanggungjawab membayar zakat emas. Ingatlah azad Allah sangat pedih kepada mereka yang ingkar terhadap suruhannya.


Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved