Tampilkan postingan dengan label adidas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label adidas. Tampilkan semua postingan

KASUT PINTAR ADIDAS PERTAMA DUNIA | ADIZERO F50

on 16 Januari 2012

ADIDAS MALAYSIA PERTONTON KASUT BOLA SEPAK PINTAR PERTAMA DI DUNIA | ADIZERO F50 LIONEL MESSI 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November tahun lepas oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee berkata kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini.

Turut hadir ialah pasukan Harimau Muda A dan jurulatih mereka, Ong Kim Swee. Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Beliau berkata peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.

Jom layan iklan komersial Adidas ADIZERO F50 - LIONEL MESSI 2012













Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Bernama

ADIDAS Lancar Kasut Berharga RM3

on 23 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kasut ADIDAS RM3

Buat penggemar kasut berjenama ADIDAS, di sini saya ingin kongsikan satu berita baik untuk korang semua. Syarikat ADIDAS telah mengumumkan akan melancarkan kasut berjenama adidas yang hanya berharga 1$ atau bersamaan dengan RM3, duit Malaysia. Korang pasti tidak percaya dengan pengumuman ini. Pada mulanya saya juga agak terkejut dan tidak percaya. Namun selepas melihat sendiri iklan tersebut, saya PERCAYA! Saya mendapat tahu perkara ini selepas terlihat berita yang dikeluarkan oleh pihak yahoo melalui lawan sesawangnya YAHOO.COM. Kalau korang masih tidak dapat menerima hakikat ini, bolehlah klik link di bawah ini.


 Wassalam~


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved