Tampilkan postingan dengan label adira. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label adira. Tampilkan semua postingan

KECOH GAMBAR ADIRA PEGANG PATUNG ANJING

on 06 Februari 2012

KONTROVERSI GAMBAR ADIRA PEGANG ANAK PATUNG ANJING PUN NAK KECOH | JANGAN SEBAR CERITA KALAU BELUM SAHIH ! | GOSIP ARTIS

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hanya disebabkan sekeping gambar yang belum tentu lagi kesahihannya, kecoh gambar Adira memegang patung anjing disebarkan. Gambar kontroversi itu didakwa merupakan gambar Adira, bekas pelajar Akademi Fantasia yang kini sedang popular menerusi lagunya bertajuk Ombak Rindu, OST filem romantik 'Ombak Rindu' nyanyian bersama juara Anugerah Juara Lagu ke-26 baru-baru ini, Hafiz juga seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. Gambar tersebut disebarkan oleh sebuah laman web hiburan, Rotikaya.com.

ADIRA PEGANG ANJING (Sumber: Rotikaya)

P/s: Kesian Adira, pegang pantung anjing pun nak heboh.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Rotikaya

ADIRA - SAKURA | OFFICIAL MUSIC VIDEO 2012

on 17 Januari 2012

OFFICIAL MUSIC VIDEO| ADIRA - SAKURA | BAKAT AKADEMI FANTASIA | 2012 | KLIP VIDEO MUZIK TERKINI | ARTIS MALAYSIA | DOWNLOAD FULL VERSION | MEDIAFIRE

Assalamualaikum & salam sejahtera

ADIRA - SAKURA

ADIRA - SAKURA


VIDEO MUZIK: ADIRA - SAKURA




Lirik Lagu Sakura Nyanyian Adira :


Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depanku
Kau mengajarku ia mekar
Segelintir detik sahaja

Masihku ingat sedih teramat
Tak mengerti ia pergi…
Hidup terindah bersudahnya ringkas
Musim yang berubah begitulah…

Kisah di pohon sakura
Kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya berakhir…


***
Mengapa…mengapa ku di sini
Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di manakah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini…

Katamu aku curang padamu
Tak berhati mungkir janji
Memang hidupku tercipta untukmu
Hanya seketika sementara…

Pastinya bagai sakura
Janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu berakhir…

Sakitnya menerima nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah
Dunia yang berbeza
Walau depan mata kau

Tak dapat lihatku sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi
Yang kau temui alam ini
Mengapa…mengapa ku di sini

Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini



Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

on 15 Januari 2012

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved