Tampilkan postingan dengan label ahmad idham. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ahmad idham. Tampilkan semua postingan

ZIZAN BERLAGAK TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM?

on 02 Februari 2012

ZIZAN BESAR SUDAH BESAR KEPALA, TOLAK TAWARAN BINTANGI TEATER MUZIKAL MAEL LAMBONG

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERLAGAK? TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

“Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

“Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

“Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.


Zizan Sudah Besar Kepala?
Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

“Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

“Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

“Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula,” katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

“Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

“Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong,” katanya.


Reaksi Zizan Terhadap Tuduhan Negatif Keatasnya
Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

“Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

“Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu,” luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.
“Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

“Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya,” luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

“Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong,” katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG

on 27 Januari 2012

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG ARAHAN AHMAD IDHAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

EBI KORNELIS BERLAKON FILEM ARAHAN AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.


Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.


Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.



Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.


Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.



Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.


Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


RAJA LAWAK MUSIM KE-6 | SENARAI PESERTA DAN BIODATA

on 07 Januari 2012

SENARAI PESERTA DALAM PROGRAM RAJA LAWAK MUSIM KE-6 TAHUN 2012. BIODATA DAN GAMBAR PESERTA DAN CARTA ORGANISASI RAJA LAWAK MUSIM KE-6

Assalamualaikum & salam sejahtera

Raja Lawak Musim Ke-6

Kini program RAJA LAWAK musim ke-6 telah tiba dan akan memulakan gelanggangnya pada 13hb Januari 2012. Pelbagai pembaharuan mengenai format pertandingan telah dilakukan untuk musim kali ini untuk memperbaiki konsep pertandingan terdahulu. Kali ini antara 'SIFU' yang akan ditugaskan untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada peserta RAJA LAWAK terdiri daripada:

CIF BESAR: Ahmad Idham
CIF KECIL: Pak Yus, Taukeh, dan Angah

CIF BESAR & CIF-CIF KECIL


Untuk RAJA LAWAK kali ini, ada 12 peserta yang akan bertanding dari minggu pertama hingga minggu kesepuluh. 11 daripadanya ialah peserta berkumpulan dan hanya 1 sahaja peserta individu (Solo). Berikut merupakan peserta yang akan bertanding:


1). 2YOL
2). ALBOB
3). CUIT
4). GMAN
5). KETUPAT
6). KING
7). KODAN
8). RIKI
9). SELAK
10). SHIRO
11). SKEMA
12). ZERO

Untuk mengetahui Profil & Biodata Pelawak, klik pada nama-nama di atas.

 
Profil & Biodata Peserta:

Profil Pengacara:











 
Klik [LIKE] Kalau anda rasa Blog ini LAJU!




Wassalam~


Tentatif Rancangan Raja Lawak Musim Ke-6 2012 | ASTRO

on 03 Januari 2012

Jadual Rancangan RAJA LAWAK Musim Ke-6 2012 | Tentatif Rancangan Setiap Minggu | Gelanggang RAJA LAWAK Musim Baru

Tentatif Raja Lawak 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Program Tarikh Siaran Hari Masa Siaran
Al Kisah Raja Lawak 11hb Januari 2012 Rabu 9mlm - 10pm
Al Kisah Raja Lawak 12hb,Januari 2012 Khamis 9pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 13hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 16hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 17hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 18hb Januari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 19hb Junuari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 20hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 23hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 24hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 25hb Januari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 26hb Januari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 27hb Januari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 30hb Januari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 31hb Januari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 1hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 2hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 3hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 6hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 7hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 8hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 9hb februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 10hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 11hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 14hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 15hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 16hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 17hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 20hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 21hb Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 22hb Februari 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 23hb Februari 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 24hb Februari 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 27hb Februari 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 28th Februari 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 29hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 1hb mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 2hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 5hb Mac 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 6hb Mac 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 7hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 8hb Mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 9hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)
Kapsul Raja Lawak 12hb Mac 2012 Isnin 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 13hb Mac 2012 Selasa 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 14hb Mac 2012 Rabu 9.55pm - 10pm
Kapsul Raja Lawak 15hb Mac 2012 Khamis 9.55pm - 10pm
Gelanggang Raja Lawak 16hb Mac 2012 Jumaat 10pm (2 Jam/1.5 Jam)


Wassalam~


Sumber: Astro/Raja Lawak
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved