Airasia tolak kenaikan kadar cukai penerbangan antarabangsa yang dikeluarkan oleh pihak MAHB.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Assalamualaikum & salam sejahtera
Pihak MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) dikhabarkan telah menaikkan kadar cukai lapangan terbang bermula 1 December 2011 terhadap penerbangan melibatkan semua penerbangan antarabangsa. Terdapat 5 lapangan terbang yang disenaraikan oleh pihak MAHB iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2 dan LCCT KLIA. Berikut merupakan kadar cukai terbaru yang dikeluarkan oleh pihak MAHB:
Klik untuk paparan lebih jelas |
Namun begitu pihak Airasia telah menolak kenaikan cukai lapangan terbang tersebut dengan alasan taraf kemudahan lapangan terbang belum mencapai taraf yang terbaik buat masa kini.
Berikut adalah mesej yang dihantar kepada pengguna-pengguna penerbangan Airasia melalui emel. Pihak Airasia menggesa semua pihak menyokong penarikan semula kadar kenaikan cukai lapangan terbang demi kebaikan bersama
Wassalam~