Tampilkan postingan dengan label ajl. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ajl. Tampilkan semua postingan

DOWNLOAD FULL VIDEO FINAL AJL 26 | YOUTUBE ONLINE

on 30 Januari 2012

DOWNLOAD FULL VIDEO FINAL AJL 26 | YOUTUBE ONLINE

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahniah kepada Hafiz dan M. Nasir (Komposer) kerana memenangi anugerah lagu terbaik dan vokal terbaik di Final Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Antara artis lain yang turut memenangi trofi pada AJL-26 ialah 3 Suara (Jaclyn Victor, Sheila Amzah & Ning Baizura) dengan lagu Beribu Sesalan di tempat kedua, Faizal Tahir dengan lagu Karma di tempat ketiga dan persembahan terbaik oleh Alyah dengan lagu Kisah Hati.


MENARIK HARI INI:
Pemenang Anugerah Lagu Terbaik AJL26 - Hafiz | Awan Nano



Berikut adalah video persembahan artis-artis yang berentap di final Anugerah Juara Lagu Ke-26.


Jaclyn Victor - Sedetik Lebih







Najwa Latif -Cinta Muka Buku







3 Suara (Sheila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor) - Beribu Sesalan






Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran








Aizat - Sungai Lui






Hafiz - Awan Nano







Yuna - Penakut






Yuna - Gadis Semasa






Project Pistol - Wanita Seluruh Dunia






Faizal Tahir - Karma






Wassalam~

MENARIK HARI INI:


 
Derma [LIKE] Anda!


ANA RAFFALI BAKAL BERNIKAH BULAN HADAPAN

on 27 Januari 2012

ANA RAFFALI BAKAL BERNIKAH 25 FEBRUARI BULAN DEPAN DENGAN PENGURUS PERIBADINYA YANG HANYA DIKENALI DENGAN NAMA NAIM

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ana Raffali Bakal Bernikah?

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.


Kecil hati
Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.

Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” katanya.

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.

“Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.

“Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: MStar
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved