Seorang penoreh getah bertindak memperdaya dengan memberikan alasan menghalau lembu kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mencabulnya.
Lelaki berusia 55 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan di dalam sebuah ladang sawit di Bukit Asahan, baru-baru ini.
Mangsa yang sedang bermain dengan adiknya di kawasan berhampiran, sebelum mereka di datangi lelaki tersebut yang mengarahkan mereka mengikutnya ke dalam sebuah ladang sawit dengan alasan bagi menghalau lembu.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, suspek kemudian membawa kedua beradik tersebut menaiki motosikal sebelum meninggalkan adik mangsa di satu tempat berhampiran.
“Suspek membawa mangsa ke dalam ladang berkenaan sebelum membuka baju mangsa dan meraba bahagian sulitnya.
“Mangsa mendiamkan diri dan tidak menceritakan mengenai kejadian tersebut kepada keluarganya apabila pulang ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, keesokan harinya, mangsa dipaksa menceritakan apa berlaku oleh ibunya selepas dilihat sugul dan gelisah.
“Mangsa kini telah dibawa ke Balai Polis Asahan serta membuat satu laporan polis ,” katanya di sini, semalam.
Menurut Gunarajan, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya bagi membantu siasatan.