Tampilkan postingan dengan label amerika. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label amerika. Tampilkan semua postingan

KEMPEN TANPA SELUAR | IMPROV EVERYWHERE

on 10 Januari 2012

Improv Everywhere Anjur Kempen Tanpa Seluar Panjang Di Stesen Kereta Api | Pelik Tapi Benar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Seorang Lelaki Yang Merasa Pelik

Sebelum ini saya tidak pernah mendengar ada aktiviti seperti ini dilakukan di mana-mana tempat seluruh dunia. Rupanya di barat, ada satu kempen yang mereka sebut kempen "No Pants Subway Ride". Dalam kempen ini semua orang yang menaiki kereta api diminta membuka seluar panjang mereka dan hanya memakai seluar dalam dan berbaju lengkap. Apakah motif kempen ini? Pelik..



Kempen ini bukan sahaja dilakukan di New York malah juga di beberapa tempat lain termasuk 59 bandar di 27 buah negara. Para peserta berangkat dari rumah dengan pakaian lengkap. Namun begitu sampai di stesen kereta api bawah tanah, masing-masing akan membuka seluar panjang. Pakaian yang mereka kenakan hanya kemeja, blus, atau kaus yang dilengkapi jaket, dan seluar dalam dalam perbagai model.

Kegiatan ini dimulakan pada tahun 2001 di New York dengan peserta hanya tujuh orang. Setelah 11 tahun berjalan, hampir semua kota besar di Amerika dan dunia mengikutinya. Tahun ini kegiatan ini diikuti orang-orang di New York, Washington DC, Los Angeles, Mexico City, Toronto, London, Madrid, dan banyak kota lain di dunia.

Namun tidak semua tempat menerima kempen tersebut. Peserta Hari Tanpa Seluar Panjang di stesen di Madrid mendapat sedikit tentangan. Polis menghalang mereka di pintu masuk stesen.

Improv Everywhere menjemput orang untuk mengikuti kegiatan itu melalui Facebook dan lebih dari 16.000 orang dari seluruh dunia mendaftar. Tujuan kegiatan ini, menurut Improv Everywhere, adalah memberi kejutan dan menghibur penumpang kereta.

Dalam undangan itu disebutkan bahawa mereka mesti bersikap seperti biasa semasa menaiki kereta api, misalnya berborak, membaca, atau mendengarkan muzik melalui gadget.

Namun tidak semua orang melihat dari sudut lucu perbuatan tersebut. Salah satunya Alicia Lopez, penumpang kereta api di Mexico City. Di bandar itu sekitar 700 orang mengikuti kempen tersebut. "Saya menganggap orang tanpa seluar panjang, tanpa rok, adalah separuh bogel. Dan saya tidak suka," katanya.

"Saya tidak tahu tuntutan mereka. Saya tidak tahu apa yang mereka cari tetapi saya fikir ada cara lain untuk melakukannya," ujar Lopez yang menganggap aksi itu sebagai bentuk demonstrasi.

Menurut Dan Becherano dari Improv Everywhere, selain untuk menghibur, mereka juga ingin melihat reaksi orang. "Tujuan aksi massa ini adalah untuk menunjukkan bahawa kami boleh bersama-sama tanpa perlu mengenal satu sama lain dan bekerja sebagai pasukan tanpa perlu bertemu sebelumnya," katanya.


P/s: Malaysia baru buat Kempen Hari Tanpa Beg Plastik, tapi orang barat Amerika dah buat Kempen Hari Tanpa Seluar. Hahaha. Harap Malaysia jangan terikut-ikut.


Wassalam~


 
CLICK ME !



 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved