Improv Everywhere Anjur Kempen Tanpa Seluar Panjang Di Stesen Kereta Api | Pelik Tapi Benar
Assalamualaikum & salam sejahtera
Sebelum ini saya tidak pernah mendengar ada aktiviti seperti ini dilakukan di mana-mana tempat seluruh dunia. Rupanya di barat, ada satu kempen yang mereka sebut kempen "No Pants Subway Ride". Dalam kempen ini semua orang yang menaiki kereta api diminta membuka seluar panjang mereka dan hanya memakai seluar dalam dan berbaju lengkap. Apakah motif kempen ini? Pelik..
Seorang Lelaki Yang Merasa Pelik |
Sebelum ini saya tidak pernah mendengar ada aktiviti seperti ini dilakukan di mana-mana tempat seluruh dunia. Rupanya di barat, ada satu kempen yang mereka sebut kempen "No Pants Subway Ride". Dalam kempen ini semua orang yang menaiki kereta api diminta membuka seluar panjang mereka dan hanya memakai seluar dalam dan berbaju lengkap. Apakah motif kempen ini? Pelik..
Kempen ini bukan sahaja dilakukan di New York malah juga di beberapa tempat lain termasuk 59 bandar di 27 buah negara. Para peserta berangkat dari rumah dengan pakaian lengkap. Namun begitu sampai di stesen kereta api bawah tanah, masing-masing akan membuka seluar panjang. Pakaian yang mereka kenakan hanya kemeja, blus, atau kaus yang dilengkapi jaket, dan seluar dalam dalam perbagai model.
Kegiatan ini dimulakan pada tahun 2001 di New York dengan peserta hanya tujuh orang. Setelah 11 tahun berjalan, hampir semua kota besar di Amerika dan dunia mengikutinya. Tahun ini kegiatan ini diikuti orang-orang di New York, Washington DC, Los Angeles, Mexico City, Toronto, London, Madrid, dan banyak kota lain di dunia.
Namun tidak semua tempat menerima kempen tersebut. Peserta Hari Tanpa Seluar Panjang di stesen di Madrid mendapat sedikit tentangan. Polis menghalang mereka di pintu masuk stesen.
Improv Everywhere menjemput orang untuk mengikuti kegiatan itu melalui Facebook dan lebih dari 16.000 orang dari seluruh dunia mendaftar. Tujuan kegiatan ini, menurut Improv Everywhere, adalah memberi kejutan dan menghibur penumpang kereta.
Dalam undangan itu disebutkan bahawa mereka mesti bersikap seperti biasa semasa menaiki kereta api, misalnya berborak, membaca, atau mendengarkan muzik melalui gadget.
Namun tidak semua orang melihat dari sudut lucu perbuatan tersebut. Salah satunya Alicia Lopez, penumpang kereta api di Mexico City. Di bandar itu sekitar 700 orang mengikuti kempen tersebut. "Saya menganggap orang tanpa seluar panjang, tanpa rok, adalah separuh bogel. Dan saya tidak suka," katanya.
"Saya tidak tahu tuntutan mereka. Saya tidak tahu apa yang mereka cari tetapi saya fikir ada cara lain untuk melakukannya," ujar Lopez yang menganggap aksi itu sebagai bentuk demonstrasi.
Menurut Dan Becherano dari Improv Everywhere, selain untuk menghibur, mereka juga ingin melihat reaksi orang. "Tujuan aksi massa ini adalah untuk menunjukkan bahawa kami boleh bersama-sama tanpa perlu mengenal satu sama lain dan bekerja sebagai pasukan tanpa perlu bertemu sebelumnya," katanya.
P/s: Malaysia baru buat Kempen Hari Tanpa Beg Plastik, tapi orang barat Amerika dah buat Kempen Hari Tanpa Seluar. Hahaha. Harap Malaysia jangan terikut-ikut.
Wassalam~
{ 10 Comments... read them below or add one }
mmg xpatut diikut ni..
p.s:dalam group ke 2 kan.saya baru view group 1 dan 2 je...ntah la mungkin take time kot review tu nak muncul,xmuncul2 pun. blh join ke bloglist?
10 Januari 2012 pukul 14.37
haha.. ibarat kembali seperti dlu.. x bertamadun..
p/s: ok dah dpt dah review tuh.. tq.. jom la join.. klik sini: http://www.jomkongsistory.com/2012/01/jom-sertai-bloglist-cerita-kedai-kopi.html
10 Januari 2012 pukul 14.43
ape kebenda la dorang nie macam dah takde benda lain nak buat ? isk isk isk
10 Januari 2012 pukul 14.44
haha.per mslh dorg ni.APTB!
10 Januari 2012 pukul 15.45
diorang nak buang tabiat... haha
10 Januari 2012 pukul 15.46
ntah la.. dah hidup bosan kot.. xda hala tuju.. diorang xtau apa tujuan diorang dihidupkan... ni la masalah kalau x kuat pegangan agama..
10 Januari 2012 pukul 15.47
isk rosak suda..hrp msia yg serba moden nnti..xle cm gini kan..
10 Januari 2012 pukul 15.51
amin.. insyaAllah.. =)
10 Januari 2012 pukul 15.59
Zaman kegelapan ke ni?
10 Januari 2012 pukul 18.14
ya.. org barat kembali ke zaman gelap.. akhlak masyarakat dah hancur.. agama hilang dalm masyarakat..
10 Januari 2012 pukul 18.34
Posting Komentar