Syamsul Tolak Tuduhan Jadi Punca Kecederaan Aaron Aziz Dalam Babak Stunt Filem KL Gangster 2
Assalamualaikum & salam sejahtera
KL Gangster 2 |
"Saya tidak pernah minta pelakon melakonkan aksi yang keterlaluan dan berbahaya. Sebagai pengarah, sudah tentu saya begitu menitikberatkan aspek keselamatan para pelakon dan krew ketika di lokasi penggambaran.
"Bagaimanapun insiden kecederaan yang menimpa Aaron Aziz itu tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Saya mendapat tahu dia cedera pada malam semalam (Isnin) dan akan berjumpa dengannya di lokasi sebentar lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
KL Gangster 2 |
Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan oleh keinginan para pelakon yang terlalu komited dan bersungguh-sungguh untuk melakonkan babak-babak aksi sehingga sanggup berhadapan dengan risiko kecederaan.
"Para pelakon sendiri begitu teruja untuk memberikan aksi lakonan yang ekstra. Namun, aspek keselamatan tetap jadi keutamaan," katanya.
Diminta mengulas tentang babak yang mengakibatkan kecederaan pada
pelakon kacak itu, Syamsul berkata ketika penggambaran adegan pergaduhan
di antara watak Malik lakonan Aaron Aziz dan Tailong (Rosyam Nor)
berlangsung, tiada sebarang insiden buruk yang terjadi di lokasi.
KL Gangster 2 |
"Kalau mengikut perancangan, Malik bergaduh dengan Tailong daripada
dalam kelab sehingga ke jalan raya. Mereka akan bergaduh di atas bumbung
kereta dan Malik jatuh berguling lantas dilanggar kereta.
"Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia
memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang
sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya
terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai
penggambaran itu.
"Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah
keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini," katanya.
Filem KL Gangster 2 yang merupakan “prekuel” kepada filem pecah panggung KL Gangster (2011) adalah arahan dan lakonan yang ketujuh Syamsul Yusof.
Filem yang menjalani penggambaran selama 50 hari ini sudah 80 peratus siap dirakam.
Wassalam~
SUMBER: mStar
SUMBER: mStar
{ 2 Comments... read them below or add one }
kata kau
10 Januari 2012 pukul 16.50
apa yang kata kau plak.. hehe
11 Januari 2012 pukul 09.21
Posting Komentar