Tampilkan postingan dengan label KL GANGSTER 2. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KL GANGSTER 2. Tampilkan semua postingan

DITUDUH PUNCA AARON AZIZ CEDERA | SYAMSUL TOLAK

on 10 Januari 2012

Syamsul Tolak Tuduhan Jadi Punca Kecederaan Aaron Aziz Dalam Babak Stunt Filem KL Gangster 2


Assalamualaikum & salam sejahtera

KL Gangster 2
PETALING JAYA: Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof menolak dakwaan mengatakan keterujaannya untuk mendapatkan impak luar biasa pada babak-babak aksi filem terbarunya itu telah mengakibatkan pelakon Aaron Aziz mendapat kecederaan di lokasi penggambaran filem itu malam Isnin.

Sebaliknya, Syamsul berkata sebagai seorang pengarah yang berpengalaman dalam pembikinan filem aksi, dia sentiasa mengutamakan aspek keselamatan para pelakon dan krew.

"Saya tidak pernah minta pelakon melakonkan aksi yang keterlaluan dan berbahaya. Sebagai pengarah, sudah tentu saya begitu menitikberatkan aspek keselamatan para pelakon dan krew ketika di lokasi penggambaran.

"Bagaimanapun insiden kecederaan yang menimpa Aaron Aziz itu tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Saya mendapat tahu dia cedera pada malam semalam (Isnin) dan akan berjumpa dengannya di lokasi sebentar lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

KL Gangster 2

Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan oleh keinginan para pelakon yang terlalu komited dan bersungguh-sungguh untuk melakonkan babak-babak aksi sehingga sanggup berhadapan dengan risiko kecederaan.

"Sebelum merakamkan babak aksi, kita melakukan latihan mengikut skrip yang dipersetujui bersama.

"Para pelakon sendiri begitu teruja untuk memberikan aksi lakonan yang ekstra. Namun, aspek keselamatan tetap jadi keutamaan," katanya.

 
Derma [LIKE] Anda! TQ~


Diminta mengulas tentang babak yang mengakibatkan kecederaan pada pelakon kacak itu, Syamsul berkata ketika penggambaran adegan pergaduhan di antara watak Malik lakonan Aaron Aziz dan Tailong (Rosyam Nor) berlangsung, tiada sebarang insiden buruk yang terjadi di lokasi.

KL Gangster 2

"Kalau mengikut perancangan, Malik bergaduh dengan Tailong daripada dalam kelab sehingga ke jalan raya. Mereka akan bergaduh di atas bumbung kereta dan Malik jatuh berguling lantas dilanggar kereta.

"Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai penggambaran itu.

"Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini," katanya.
Filem KL Gangster 2 yang merupakan “prekuel” kepada filem pecah panggung KL Gangster (2011) adalah arahan dan lakonan yang ketujuh Syamsul Yusof.
Filem yang menjalani penggambaran selama 50 hari ini sudah 80 peratus siap dirakam.

Wassalam~

SUMBER: mStar

AARON AZIZ DIKEJARKAN KE HOSPITAL | KL GANGSTER 2

on 09 Januari 2012

Aaron Aziz Cedera Semasa Melakonkan Satu Babak Dalam KL Gangster 2

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sumber artikel: Murai.com

Malek | KL Gangster 2
Dikatakan, Aaron Aziz telah mengalami kecederaan ketika menjayakan babak dilanggar kereta. Malah difahamkan juga Aaron Aziz telah melakukan babak aksi tersebut tanpa mahu menggunakan khidmat pakar lagak ngeri atau stuntman.

Menurut sumber lagi, difahamkan Aaron Aziz telah tersalah landing, lantas menyebabkan dia mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke hospital.

Namun daripada hasil imbasan X-ray yang diterima, tiada kecederaan kronik dialami pelakon yang membawa watak Malek itu, cuma badannya saja lebam-lebam dan sakit.

Malah doktor menasihatkan supaya Aaron memerlukan rehat yang secukupnya.
Bagaimanapun, besar kemungkinan dia akan sedaya upaya mahu memasuki set penggambaran semula kerana enggan menyusahkan pasukan produksi filem berkenaan.

Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!

Sinopsis Filem KL Gangster 2 Prekuel Filem KL Gangster 1

on 12 Desember 2011

Filem KL Gangster 2 (2012) merupakan filem Prekuel atau kesinambunagn kepada filem KL Gangster 1

Assalamualaikum & salam sejahtera



Filem yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat filem melayu tanah air iaitu KL GANGSTER 2 telahpun dilancarkan baru-baru ini di FINAS Hulu Klang, Selangor. Barisan pelakon yang akan membintangi filem ini masih dikekalkan seperti dalam filem KL Gangster 1 dengan pertambahan watak seperti Rosham Noor. Dalam filem KL Gangster 2, Rosham Noor akan memegang watak Don iaitu ketua penjahat. Menurut penerbit SKOP Production, Datuk Yusof Haslam Filem KL Gangster 2 merupakan filem yang menelan belanja paling mahal dalam sejarah penerbitan filem dari syarikat SKOP Production.

Rosham Noor

Sinopsis KL GANGSTER II
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

KL GANGSTER 2: ROSHAM NOOR

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong. Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.


King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?



Trailer KL GANGSTER 2:
Not Released yet..


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved