PUTRA MAHKOTA Arab Saudi MENINGGAL DUNIA !
Assalamualaikum & salam sejahtera
Assalamualaikum & salam sejahtera
Putera Sultan Abdulaziz Al-Saud |
Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan yang menerima rawatan di luar
negara meninggal dunia hari ini, demikian menurut satu kenyataan rasmi
dibawa agensi berita kebangsaan SPA.
Putera Sultan merupakan adik kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz.
“Putera Sultan telah meninggal dunia di luar negara subuh ini kerana sakit,” kata kenyataan itu.
Sultan, yang dipercayai berusia 86 tahun, berada di Amerika Syarikat kerana sakit dan menjalani rawatan sejak Jun lalu.
Selain selaku putera mahkota negara pengeskport minyak terbesar dunia
itu, Putera Sultan juga merupakan menteri pertahanan dan menteri
penerbangan sejak empat dekad lalu.
Saluran televisyen Saudi menghentikan program siaran sejak awal pagi
ini dan hanya menyiarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan imej Kaaba.
Upacara pengebumian akan berlangsung di ibu negara Saudi Riyadh Selasa ini, kata SPA lagi.
Raja Abdullah yang berusia lewat 80-an menjalani semula pembedahan awal bulan ini di luar negara dan kelihatan sihat sejak itu.
Menteri Dalam Negeri Putera Nayef, yang dinamakan sebagai timbalan
perdana menteri kedua pada 2009, dijangka akan menggantikan tempat
Putera Sultan sebagai Putera Mahkota.
Putera Nayef, berusia dalam lewat 70-an, dianggap sebagai lebih konservatif berbanding Putera Sultan dan Raja Abdullah.
Berbanding negara-negara Eropah dan negara lain, takhta Arab Saudi
akan diwarisi oleh adik-beradik pengasas kerajaan Saudi, Ibn Saud yang
meninggal dunia pada 1953. ― Reuters
Wassalam~