Tampilkan postingan dengan label barat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label barat. Tampilkan semua postingan

PELAKON TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM

on 26 Januari 2012

PELAKON FILEM TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM SELEPAS SELESAI MENDENGAR AZAN SEMASA PENGGAMBARAN FILEM DI ISTANBUL, TURKI

Assalamualaikum & salam sejahtera

Liam Neeson Memeluk Islam Selapas Dengar Azan?

Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."
Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.

"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.

Wassalam~



MENARIK HARI INI:




 
Derma [LIKE] Anda!


GOSIP DAN STRESS | APA KAITANNYA?

on 19 Januari 2012

GOSIP BOLEH HILANGKAN STRESS | JAWAPAN MELALUI KAJIAN PENGKAJI BARAT, ROBB WILLER

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gosip hilangkan stress?

Siapa sangka rupanya ada juga pengkaji barat yang terfikir untuk melakukan kajian tentang gosip. Dalam kajian itu mereka mengatakan perbuatan gosip ada kebaikkannya terutama dalam mengurangkan stress. Jom baca artikel di bawah ini yang menerangkan tentang hasil kajian mereka.

Walaupun gosip bukanlah perbuatan yang baik, namun ada yang merasakan gosip adalah perkara yang menyeronokkan. Malah, dalam kajian terbaru menyebut bergosip boleh mengurangkan stress dan mencegah orang lain dipermainkan.

Itu merupakan kesimpulan para pengkaji dari Universiti California, Berkeley, yang melakukan empat kajian yang sampelnya terdiri dari ribuan peserta.

"Gosip memang ada kesan buruknya, tetapi kami menemukan bukti bahawa bergosip berperanan penting dalam menjaga fungsi sosial," kata salah satu pengkaji, psikolog sosial Robb Willer.

Willer menyatakan bergosip boleh menjadi satu terapeutik. Ketika para peserta kajian melihat orang lain melakukan perbuatan buruk, denyut jantung mereka meningkat. Tetapi peningkatan itu hanya dalam skala sederhana jika mereka menceritakan pada orang lain apa yang mereka lihat.

"Menyebarkan informasi tentang orang lain yang mereka lihat melakukan perbuatan tidak baik ternyata membuat seseorang merasa lebih baik, serta mengurangkan rasa tidak senang yang mendorong mereka bergosip," kata Willer.

Bukan itu saja, para pengkaji juga menemui bahawa peserta kajian  juga rela mengeluarkan upaya ekstra untuk memberitahu orang lain siapa yang berlaku curang dalam sebuah simulasi permainan ekonomi. Dalam hal ini bergosip bererti mencegah orang lain dirugikan oleh orang yang curang tadi.

"Kita tidak perlu merasa bersalah jika gosip yang kita sampaikan bertujuan untuk mencegah orang lain dipermainkan," kata Matthew Feinerg, ketua pengkaji.

Kajian tentang kebiasaan bergosip pada tahun 2009 menemukan, sekitar 80 peratus isi pembicaraan kita adalah gosip. Dalam kajian yang melibatkan 300 orang itu juga ditemukan bahawa sekitar 5 peratus gosip bersifat berbahaya. - Kompas


Melalui artikel di atas, apa pandangan anda? Benarkah gosip ini dapat kurangkan stress? Sesuaikah cara ini digunakan untuk mengatasi masalah stress? Dalam Islam dinyatakan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Walaupun tujuan mereka bergosip untuk hilangkan stress tetapi cara yang mereka gunakan itu salah dan banyak kesan buruknya. Gosip boleh dikatakan mengumpat jika cerita yang disebarkan itu betul tetapi fitnah jika cerita yang disebarkan tidak benar. Nak tau lebih lanjut tentang gosip? Baca sini.


 
P/s:  Entri untuk renungan kita bersama. huhu


Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved