Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan

Bayi Norish Karman Dapat Diterima Umum

on 30 Agustus 2012


Pendedahan mengenai status bayi lelakinya yang dikatakan anak luar nikah di sebuah akhbar harian pada minggu lalu tidak mengundang cemuhan masyarakat.

Norish Karman atau nama sebenarnya Nor Asikin Karman, 38, berkata, dia mendapat sokongan peminat sejak pendedahan secara terbuka mengenai anak keempat tersebut iaitu Muhammad Haq Lutfie Alexander (Haq) yang berusia 11 bulan.

“Tiada cemuhan atau penghinaan daripada peminat dan masyarakat yang saya terima sejak pendedahan (mengenai bayi lelaki) di akhbar baru-baru ini.

“Sebaliknya, peminat memahami kesulitan yang saya hadapi dan menyatakan sokongan, kasih sayang dan perangsang di laman Facebook kepada saya dan keluarga,” katanya yang melahirkan anak itu pada 24 September tahun lalu.

Aktres dari Singapura itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya program Wanita Hari Ini di perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini, petang Rabu.

Norish berkata, dia juga tidak kesal atau terkilan apabila gambar-gambar dan tuduhan berkenaan tersebar di Internet sejak beberapa bulan lalu.

“Tiada apa yang perlu saya kesalkan apabila cerita itu timbul dan diperkatakan secara meluas. Saya terimanya dengan reda kerana ini adalah ketentuan Allah.

“Orang yang tidak tahu apa-apa lebih baik jangan buka mulut dan menyebarkan cerita yang mereka tidak tahu kesahihannya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakannya berdiam diri seperti mahu melarikan diri sebelum ini, Norish berkata, dia tidak berniat untuk mengelak tetapi menunggu waktu terbaik untuk membuka mulut.

“Pada asalnya saya mahu berkongsi mengenai kemunculan Haq dalam keluarga kami pada sambutan hari lahirnya yang pertama pada September depan. Apabila cerita itu timbul awal dan tersebar saya terpaksa hadapinya dengan tenang, bijak dan matang.

“Jujurnya, saya malas hendak layan dan merunsingkan fikiran. Saya terima kontroversi ini sebagai takdir yang membuatkan saya lebih popular biarpun secara negatif,” katanya.

Mengenai zuriat itu, Norish berkata dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang tidak banyak ragam serta dilimpahi kasih sayang keluarga di sebalik cerita-cerita negatif yang timbul.

Terbaru, pelakon filem Sayang Salmah ini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang Psikologi dan Sains Sosial di sebuah institusi yang dirahsiakan, selain tumpuan pada kerjaya lakonan, nyanyian dan penceramah motivasi.


Norish turut memiliki tiga anak hasil pernikahan pertamanya iaitu Muhd. Haqiem Armany, 13, Muhd Hardy Amieran, 9 dan Nur Hanyz Amanda, 8. 

Derma [LIKE] Anda!



Bayi Perempuan Depan Kedai Surat Khabar

on 29 Agustus 2012


Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat telah ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di Kuala Terengganu hari ini.

Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.

Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi berkenan ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.

"Masa nak buka kedai, saya nampak ada beg depan pintu dan tidak menyangka di dalamnya ada bayi.


Saya terus alih (beg) letak atas bangku sebab ia diletak betul-betul di depan pintu kedai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Rozlan Shahril berkata beliau kemudian memulakan kerja memasukkan sisipan surat khabar di perhentian bas sebelah kedai itu sebelum sekali lagi mendengar bunyi tangisan bayi tersebut.

"Masa itulah baru saya cuba periksa beg itu dan mendapati beg itu tidak ditutup... Saya terkejut apabila nampak ada bayi dalam beg itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata bayi berkenaan kini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Doktor mengesahkan bayi itu sihat dan dipercayai dilahirkan beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan bayi itu," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi untuk balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved