Tampilkan postingan dengan label dadah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dadah. Tampilkan semua postingan

Wariskan Ilmu JUAL TUBAH Pada Anak

on 11 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Jom baca artikel PANAS yang saya peroleh dari akbar Metro pagi ini. Menceritakan tentang seorang ibu yang sanggup menjuah 4 orang anaknya dan mengajar anaknya untuk menjual tubuh demi meneruskan kehidupan.

Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.




Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Inilah akibatnya jika rumah tangga bergolak. Anak-anak yang menjadi mangsa. 

Sumber: Harian Metro

Wassalam~

Most Wanted!

on 02 April 2011

Assalamualaikum dan salam blogger tu semua pembaca. Apa khabar pembaca-pembaca hari ni?.. Sihat?.. kalau tak sihat tu cepat-cepat la pergi klinik atau hospital ya. Moga cepat sembuh, InsyaAllah. Pertamanya, terima kasih kerana masih sudi untuk membaca blog ini walaupun selalu ketandusan traffik tapi rasa nak update juga blog ni. Tak apalah... Blogger baru la katakan. Mesti tahan dengan cabaran kecil macam ni.


Ok, kali ni pula saya nak cerita kat kedai kopi ni pasal 10 insan 'istimewa' di Britain. Istimewa ke dorang ni?.. haha... Sebenarnya bukan istimewa sebab apa... Dorang ni penjenayah paling dikehendaki polis kat Britain. Macam2 dosa dorang buat ni sampai bleh dapat status 'Most Wanted'. Antara dosa2 dorang ni ialah.... ada yang jual dadah, ada yang membunuh, ada yang kaki rompak, ada yang kaki culik, dan kaki rogol pun ada juga. Tapi kalau nak tahu ranking paling otai antara 10 orang ni ialah si Anthony Fraser. Dia ni seludup dadah jenis kabanis masuk England sampai 2 tan, anggaran nilainya boleh cecah £5juta besamaan 24.6 juta duit Malaysia. Duit tu boleh pakai sampai ke anak cucu cicit kalau pandai berjimat la. Tapi buat apa juga nak berjimat kan, dan nama duit haram. Hmm.. Mesti korang nak tengok gambar2 dorang yang hensem2 & comel2 kan.. haha.. Ini dia...


Anthony Fraser
Umur: 40 tahun
Asal: London
Jenayah: Penyeludupan dadah

William Thomas Robert Paterson
Umur: 32 tahun
Asal: Glasgow, Scotland
Jenayah: Pembunuhan
Derek Mcgraw Ferguson
Umur: 47 tahun
Asal: Glasgow, Scotland
Jenayah: Pembunuhan

Eriberto Jimenez Melo
Umur: 33 tahun
Asal: republik Dominica
Jenayah: Pengedaran dadah

Darren Kevin O'Flaherty
Umur: 37 tahun
Asal: Liverpool, England
Jenayah: rompakan & penculikan

Jamie Dempsey
Umur: 33 tahun
Asal: Essex, England
Jenayah: Pengedaran dadah

Jonathon Lejman

Patrick Pious Hancox
Umur: 68 tahun
Asal: Dublin, Ireland
Jenayah: Seks dan penderaan kanak-kanak

Andrew Mark Spooner
Umur: 42 tahun
Asal: Leicester, England
Jenayah: Pengedaran dadah


Penjenayah ke-10: Tiada maklumat

Tu la dia penjenayah2 yang 'istimewa' tu. Ada yang korang kenal tak? kalau ada tu cepat2 lah report kat polis Britain. kot2 ada ganjaran kan... hehe.. ok la tu saja tuk entry kali ni. Kalau ada lagi entry2 baru nanti saya akan post. terima kasih kerana sudi datang membaca artikel kat sini. Jasa korang amat dihargai. Jangan lupa komen & datang lagi lepas ni.

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved