Assalamualaikum & salam sejahtera.
Apa kabar korang semua hari ni. Sihat? Sebelum tu saya nak bagitau korang ni walaupun korang tak tanya. hehe. Yayyy!!.. EXAM SEMESTER NI DAH HABIS!!!.. Seronoknya.. hehe. Ok2. Tak boleh lebih-lebih nanti ada orang menyampah pula. Siapa yang dah rasa menyampah tu mintak maaf la ya. Tak sengaja.
Nampak kan tajuk entri kat atas tu. Hari ni saya nak kongsi tutorial cara-cara nak tengok siaran langsung bola sepak antarabangsa melalui internet. Tak perlu dah pergi kedai mamak malam-malam semata-mata nak tengok bola. Cuma tengok melalui internet saja. Streaming pun rasa ok laju la jugak. Tapi bergantung juga pada kelajuan internet korang. Saya pakai Streamyx 1M saja dan kelajuannya amat memuaskan. Tak ada sangkut-sangkut. Mungkin ada diantara korang yang dah tau cara ni, tapi yang tak tau lagi tu boleh la cuba.
So, Korang berminat nak tau tak? Kalau berminat teruskan membaca.
Langkah 1: Klik link bawah ni
Langkah 2: Selepas tu korang akan masuk ke dalam website macam gambar bawah ni. Pilih match Yang korang nak tengok.Kalau nak tengok Man Utd lawan Schalke boleh je. Tapi kena tunggu pagi nanti la. Selalunya setengah jam baru diorang akan buka channel tu.
Langkah 3: Pilih Link yang korang suka. Biasanya saya akan pilih link Vshare sebab link ni agak lagu berbanding yang lain.
Langkah 4: Satu tab baru akan dibuka bila korang dah klik mana2 link. Lepas tu tunggu la sampai keluar video match bola tu. Biasanya tak lama pun nak tunggu. Ikut kelajuan internet korang la.
Ni screenshoot yang saya sempat capture tadi. Nagoya campus eight vs Hangzhou Lvcheng.
Screenshoot 1
Screenshoot 2
Man Utd vs Schalke FC [Updated]
Screenshoot 3
Screenshoot 4
Screenshoot 5
Macam mana, berminat tak nak cuba? Ni bukan berbayar tau. PERCUMA!!.. Apa lagi benda free takkan tak nak cuba kot.
Wassalam~