Tampilkan postingan dengan label hafiz af7. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hafiz af7. Tampilkan semua postingan

KECOH GAMBAR ADIRA PEGANG PATUNG ANJING

on 06 Februari 2012

KONTROVERSI GAMBAR ADIRA PEGANG ANAK PATUNG ANJING PUN NAK KECOH | JANGAN SEBAR CERITA KALAU BELUM SAHIH ! | GOSIP ARTIS

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hanya disebabkan sekeping gambar yang belum tentu lagi kesahihannya, kecoh gambar Adira memegang patung anjing disebarkan. Gambar kontroversi itu didakwa merupakan gambar Adira, bekas pelajar Akademi Fantasia yang kini sedang popular menerusi lagunya bertajuk Ombak Rindu, OST filem romantik 'Ombak Rindu' nyanyian bersama juara Anugerah Juara Lagu ke-26 baru-baru ini, Hafiz juga seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. Gambar tersebut disebarkan oleh sebuah laman web hiburan, Rotikaya.com.

ADIRA PEGANG ANJING (Sumber: Rotikaya)

P/s: Kesian Adira, pegang pantung anjing pun nak heboh.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Rotikaya

DOWNLOAD FINAL AJL-26 MEDIAFIRE | ANUGERAH JUARA LAGU KE-26

on 30 Januari 2012

DOWNLOAD FINAL AJL26 MEDIAFIRE | ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Malam tadi, 12 buah lagu berentap untuk merebut gelaran Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu kali yang ke-26. Hafiz bekas pelajar Akademi Fantasia ke-7 telahpun dinobatkan selaku juara AJL26. Selain itu beliau juga merangkul anugerah vokal terbaik mengatasi artis-artis lain seperti Faizal Tahir, Aizat, Yuna dan 3 Suara iaitu Sheila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Pemenang lagu terbaik AJL-26 memperoleh hadiah berjumlah RM35,000. Hos untuk AJL26 malam tadi ialah Cheryl Samad dan Faizal Ismail.


MENARIK HARI INI:


DOWNLOAD FULL VIDEO FINAL AJL26 MEDIAFIRE




Untuk menonton secara online klik sini:

FULL VIDEO FINAL AJL 26 | YOUTUBE ONLINE


Wassalam~

MENARIK HARI INI:


 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Syok.org

DOWNLOAD FULL VIDEO FINAL AJL 26 | YOUTUBE ONLINE

DOWNLOAD FULL VIDEO FINAL AJL 26 | YOUTUBE ONLINE

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahniah kepada Hafiz dan M. Nasir (Komposer) kerana memenangi anugerah lagu terbaik dan vokal terbaik di Final Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Antara artis lain yang turut memenangi trofi pada AJL-26 ialah 3 Suara (Jaclyn Victor, Sheila Amzah & Ning Baizura) dengan lagu Beribu Sesalan di tempat kedua, Faizal Tahir dengan lagu Karma di tempat ketiga dan persembahan terbaik oleh Alyah dengan lagu Kisah Hati.


MENARIK HARI INI:
Pemenang Anugerah Lagu Terbaik AJL26 - Hafiz | Awan Nano



Berikut adalah video persembahan artis-artis yang berentap di final Anugerah Juara Lagu Ke-26.


Jaclyn Victor - Sedetik Lebih







Najwa Latif -Cinta Muka Buku







3 Suara (Sheila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor) - Beribu Sesalan






Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran








Aizat - Sungai Lui






Hafiz - Awan Nano







Yuna - Penakut






Yuna - Gadis Semasa






Project Pistol - Wanita Seluruh Dunia






Faizal Tahir - Karma






Wassalam~

MENARIK HARI INI:


 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

on 15 Januari 2012

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved