Assalamualaikum & salam sejahtera
Akibat terlalu berdebar semasa menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA dua hari lepas, seorang peminat sukan bola sepak tanah air, Ahmad Fauzi Ismail, 42, meninggal dunia semasa menonton siaran langsung perlawanan akhir bola sepak sukan SEA di sebuah kedai makan di Guar Cempedak. mangsa yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung pengsan secara tiba-tiba dan segera dibawa ke hospital berdekatanYan. Malangnya, mangsa dikhabarkan menghembus nafas terakhir sebelum tiba di hospital Yan. Doktor yang memeriksa mayat mangsa mengesahkan punca kematian adalah disebabkan serangan sakit jantung.
Wassalam~
Wassalam~