Tampilkan postingan dengan label jasso. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jasso. Tampilkan semua postingan

SAIZ UKURAN PINGGANG YANG SIHAT | KESIHATAN LELAKI DAN WANITA

on 10 Januari 2012

Saiz Ukuran Pinggang Yang Sihat | Lelaki dan Wanita | Obesiti | Berat Badan Berlebihan | Tompokan Lemak di Perut

Assalamualaikum & salam sejahtera

Berapa Ukuran Lilit Pinggang Anda?

Ukuran saiz badan seseorang bukan saja dilihat melalui berat badan, malah ukur lilit pinggang juga perlu diambil berat. Wanita yang memiliki ukur lilit pinggang lebih dari 80 centimeter sudah boleh digolongkan ke dalam kategori obesiti.

The Japan Society for the Study of Obesity (JASSO) menyatakan wanita yang memiliki BMI (Body Mass Index) di bawah 25 tetapi ukur lilit pinggangnya di atas 80 cm sudah boleh dianggap sebagai obesiti. Berdasarkan panduan lama, ukuran tersebut masih tergolong gemuk (overweight).

Individu yang memiliki BMI 25 atau lebih adalah dikategorikan tidak sihat, lebih parah jika seseorang itu memiliki faktor risiko penyakit jantung lain seperti kolesterol tinggi, hipertensi, serta memiliki ukur lilit pinggang lebih dari 85 cm untuk lelaki dan 90 untuk wanita.

Agensi kesihatan di Jepun menentukan kriteria baru tersebut untuk menilai apakah seseorang menderita sindrom metabolisma semasa melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mereka yang sudah berusia lebih 40 tahun.

Berdasarkan analisis data yang mereka keluarkan, kesimpulannya bahawa gangguan kesihatan seperti kolesterol tinggi akan terjadi jika berlaku tompokan lemak di perut, iaitu lebih dari 85 cm pada lelaki dan 80 cm pada wanita.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved