Tampilkan postingan dengan label kawin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kawin. Tampilkan semua postingan

Lelaki Kawin Dengan Seekor ANJING!! LOL !!

on 20 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

WOo !! Bunyi tajuk entri yang sangat pelik. Seorang lelaki dari Selatan India yang bekerja sebagai seorang petani telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seekor anjing betina kerana ingin menebus dosanya yang lalu. 15 tahun yang lalu, pemuda tersebut pernah merejam 2 ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya di sebuah pokok.




Kesian anjing tu !! haha 


Wassalam~

Kawin Kena Sponser!!.. Siapa Nak?

on 19 September 2011

Assalamualikum & salam sejahtera


KUALA TERENGGANU, 19 Sept (Bernama) -- Sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan akan melangsungkan perkahwinan secara percuma di Dataran Shahbandar di sini pada 21 dan 22 Okt ini.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata 10 pasangan yang terpilih itu adalah daripada 19 pasangan yang memohon dalam progam itu sejak diperkenalkan Jun lepas.


Program itu adalah anjuran pejabat Umno Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.


"Kesemua pasangan yang menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan 'Kenapa Saya Layak Dipilih' tidak kurang 300 perkataan dan melepasi beberapa sesi temu ramah yang dikendalikan wakil dari pejabat agama, pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pegawai perhubungan Umno Terengganu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata syarat yang dikenakan ialah setiap pasangan lelaki memperoleh pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan seorang daripada pasangan itu berumur 21 tahun atas, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Kuala Terengganu.


Wan Ahmad berkata program yang pertama kali diadakan di Terengganu itu bertujuan membantu pasangan muda yang mempunyai masalah ekonomi mempercepatkan perkahwinan mereka.


"Pihak penganjur akan menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka dan menyumbangkan RM5,000 kepada setiap pasangan untuk kegunaan mereka," katanya.


Seorang bakal pengantin, Ahmad Ghazali Mohd, 25, berkata beliau tidak menyangka akan terpilih dalam program itu.


Ahmad Ghazali yang bekerja sebagai mekanik di Kuala Lumpur, berkata pasangannya Siti Noor Hafizah Seman, 25, yang mengisi borang permohonan untuk menyertai program itu.


"Saya tidak sangka permohonan kami berjaya sebab ingat suka-suka saja masuk program ini, apa-apa pun kami rasa sangat bertuah kerana hasil usaha ini membolehkan kami melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat," katanya.


-- BERNAMA


Wassalam~ 
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved