LELAKI MEMPUNYAI KEMALUAN ZAKAR PENDEK DAPAT RM23.25 JUTA PAMPASAN SELEPAS TERLIBAT DALAM SATU KEMALANGAN
Assalamualaikum & salam sejahtera
Matthew Wall Dapat RM23.25 Juta |
EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.
Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.
Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.
Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi
Wassalam~
Sumber: HMetro