Tampilkan postingan dengan label kml. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kml. Tampilkan semua postingan

Segmen The Garang - Zaman Paling Best Bagi Aku

on 24 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Rajinnya saya nak join segmen di masa-masa nak dekat exam ni. Sempat lagi padahal esok dah exam ni. Tak pe study smart not study hard. hehe. Smart la sangat. Kalau result dah keluar nanti jangan menyesal pula sudah.

Ok2... Jangan buang masa nak membebel pula. Masa tu emas bukan besi buruk. Terus kepada segmen ni, mula-mula tepek dulu header blog garang ni.


Garang sangat ke owner blog ni. Saya lagi garang kot. Hiyarrhhh!!.. garang kan..kan2.. Hehe.. Lepas tu cerita pasal zaman paling best korang. Ce cite.. ce cite... Bagi saya la, zaman paling best dalam hidup saya setakat ni ialah zaman muda-muda dulu. Sekarang ni dah tua dah. 
 
Masa yang saya maksudkan tu ialah lepas habis SPM dulu. Cuti lama down masa tu. Tiga bulan kot. Agak bosan jugak la. Duk rumah je habiskan beras. haha. Masa dah nak keluar result SPM tu agak gementar jugak la. Kecuttt!!.. hehe. Bila dah keluar tu Alhamdulillah lulus la juga. Lepas tu dapat tawaran masuk Matrikulasi. Memang gembira masa tu. Rasa nak nangis tapi malu. Masa dah masuk kat matrik tu memang best juga. Maklumlah pertama kali belajar kat oversea. haha. 

Kolej Matrikulasi Labuan

Suasana kat Matrik labuan yang dirindui
Kat matrik Labuan je pun. lebih-lebih pula ko ekk.. Lempang kang!!.. Masa kat Matrik tu macam-macam pengalaman baru yang saya dapat. kawan-kawan baru pun ramai. Masa tu la baru saya ada kawan dari kaun cina, Iban, Melayu dam macam-macam lagi. Kat sekolah dulu tak pernah pun ada kawan dari kaun selain kaum bumiputera Sabah. Best juga berkawan ngan dorang ni. Selama 1 tahun saya belajar kat sana. Memang best!!.. Rindu nak balik belajar sana lagi. Nak baiki pointer yang agak teruk tu. Nasib baik dapat la juga sambung belajar kat Universiti. Tu la malas belajar.. Padan muka!!...


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved