Tampilkan postingan dengan label kuala lumpur. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuala lumpur. Tampilkan semua postingan

KONSERT SUM 41 DI MALAYSIA | ROCKAWAY FESTIVAL KUALA LUMPUR 2012

on 07 Februari 2012

KONSERT SUM 41 DI MALAYSIA SEMPENA ROCKAWAY FESTIVAL KUALA LUMPUR 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

SUM41 MALAYSIA 2012

Kumpulan punk rock dari Kanada, Sum 41 bakal mengadakan persembahan istimewa Rockawayfest di Kuala Lumpur pada 14 April 2012.

Sum 41 yang dianggotai oleh Deryck Whibley, Tom Thacker, Jason McCaslin dan Steve Jocz sepatutnya terlibat dengan Rockaway Festival yang diadakan tahun lalu, tetapi berikutan kecederaan yang dialami oleh Whibley telah memaksa mereka membatalkan kesemua persembahan pada tahun 2011.

Pengarah Livescape, Rahul Kukreja berkata, "Kami sangat gembira kerana dapat membawa Sum 41 ke Malaysia. Sememangnya kami kecewa apabila mereka tidak dapat menghadiri ke acara yang dirancang tahun lalu tetapi apa yang saya tahu adalah mereka telah mengubahsuai persembahan mereka. Semestinya eminat boleh menjangkakan persembahan bertenaga daripada mereka.

SUM41 MALAYSIA 2012

"Sum 41 juga akan mengakhiri konsert jelajah dunia "Screaming Bloody Murder" di Kuala Lumpur. Oleh itu kami berharap peminat mereka dapat hadir dan menyokong di persembahan istimewa Rockawayfest," kata Rahul lagi.


Sum 41 mula menempa nama di persada arus perdana menerusi single pertama "Fat Lip" yang dipetik daripada album "All Killer, No Filler" pada tahun 2001. Sehingga kini, mereka telah menghasilkan empat lagi buah album iaitu "Does This Look Infected?" (2002), "Chuck" (2004), "Underclass Hero" (2007) dan "Screaming Bloody Murder" (2011).

Kumpulan Bunkface dan One Buck Short turut terpilih sebagai artis pembuka tirai untuk persembahan istimewa ini. Bakal diadakan pada 14 April 2012 di KL Live, jam 7.30 malam, peminat boleh mendapatkan tiket pra-jualan yang berharga RM108 atau RM138 untuk harga normal. Bagi yang tidak sempat, anda boleh membeli tiket di pintu pada hari persembahan yang berharga RM158 dan untuk RM238 untuk VIP di mana makanan dan minuman akan disediakan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2012

on 31 Desember 2011

Gambar Sambutan Tahun Baru 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sambutan Tahun Baru 2012

Pasti kemeriahan sambutan tahun baru 2012 yang akan membuka tirai pada detik 12 tengah malam akan memuncak apabila kedengaran dentuman bunyi mercun serta bunga api di segenap kawasan tidak kira di bandar ataupun kampung. Misalnya di kawasan bandar sudah pasti ramai yang menunggu detik 12 malam untuk melihat keindahan bunga api yang dipasang untuk mengira detik tibanya tahun 2012.

Sambutan tahun baru 2012

Namun disebalik sambutan tahun baru 2012 yang akan menjelang tiba pada pukul 12 malam nanti, pihak polis sudah menyusun strategi untuk mengelakkan jenayah berleluasa sempena sambutan tahun baru ini. Terdapat anggota pihak berkuasa yang terpaksa bekerja lebih masa demi menjaga ketenteraman negara untuk mengelakkan perkara seperti lumba haram, pesta seks dan sebagainya berleluasa. Kepada yang keluar ke bandar untuk menyambut perayaan tahun baru, berhati-hatilah terutama semasa memandu. Pastinya jalan-jalan di sekitar bandar akan sesak dipenuhi kenderaan. Akhir kata dari saya, selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga dengan kehadiran tahun 2012 maka azam kita yang dulu akan tercapai dan kita cuba untuk perbaiki diri di masa akan datang. InsyaAllah~

Ucapan Ikhlas dari Owner Blog CKK

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved