Tampilkan postingan dengan label kurangkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kurangkan. Tampilkan semua postingan

AVOCADO Kurangkan KOLESTROL Badan !! WOW !!

on 24 Oktober 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera

Buah avocado atau juga dikenali dengan nama buah susu adalah sangat mudah diperoleh di negara kita. Sebenarnya buah ini berasal dari negara Mexico. Ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Bentuk buah ini adalah bujur, saiznya kecil seperti buah epal dan warnanya hijau. Jika dibelah warna dalamannya ialah kekuningan dan mempunyai biji yang berwarna coklat tua.


Nilai Nutrisi:

  • Buah avocado merupakan sumber vitamin K, vitamin B6, Vitamin C, serat, Cu, dan folate yang baik.
  • Sumber kalium (potassium) yang baik. kandungan kalium dalam buah avocado lebih tinggi berbanding buah pisang.
  • Buah avocado mengandungi 30 gram lemak, tetapi 20 gram daripadanya ialah lemak tak tepu (Oleik asid) yang boleh meninggkatkan kesihatan terutamanya pada jantung dan menurunkan kolestrol badan.


Manfaat kesihatan:
  1. Kandungan asid oleik boleh menurunkan kolestrol dalam badan dan baik untuk jantung.
  2. kandungan kalium, sumber mineral yang yang boleh mengawal tekanan pada darah. Pengambilan kalium yang mencukupi boleh membantu melindungi kita dari menghidap penyakit peredaran darah, seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau strok.
  3. Merupakan anti-pengoksidaan yang baik dan boleh  membantu menyelesaikan masalah kulit.
  4. Baik untuk mereka yang mengalami masalah penhadaman dan peredaran darah.
  5. Boleh melicinkan kulit yang meruam dan kasar.
  6. Mempunyai kandungan beta-karotena yang boleh mengelakkan kanser.
  7. Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap carotenoids. Carotenoids merupakan sekumpulan pigment (hijau) yang membentuk warna pada sayur-sayuran.
  8. Membantu mereka yang mengalami masalah seksual.
  9. Membantu mengawal nilai kalori dalam diet seharian kita.
WOW !! Sedapnya... Terliurrr... hehe

Wassalam~

Tips Kurangkan BERAT BADAN Untuk WANITA

on 11 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Sedapnya....

Setiap orang menginginkan berat badan yang ideal sesuai dengan saiz atau ketinggian badan mereka. Namun begitu bukan semua cara yang mereka amalkan berkesan dalam mengurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan seharian kita. pelbagai penyakit akan mudah kita hidapi sekiranya berat badan kita melebihi berat yang sepatutnya. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengesan sama ada berat badan kita normal atau berlebihan ialah dengan menggunakan kaedah BMI.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan untuk mendapat berat badan yang ideal:

1). Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu secara sederhana
2). Kurangkan memakan makanan yang berlemak tinggi (Pizza, burgers & dll)
3). Mengambil makanan lemak baik (Lemak tak larut) seperti salmon, minyak zaitun & omega 3
4). Minum banyak air
5). Memakan banyak buah-buahan
6). Memakan makanan berprotin seperti ikan, ikan laut, ayam & telur
7). Kurangkan memakan makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi, pasta & kentang (tips: ambil ikut keperluan)

Begitulah cara yang paling jimat & berkesan dalam mengurangkan berat badan. Anda masih boleh memakan makanan kegemaran anda tetapi perlulah dikawal mengikut kuantiti yang sepatutnya. Selain itu, anda tidak perlulah berbelanja besar untuk membeli produk-produk mengurangkan berat badan yang berlambak di pasaran masa kini. Anda hanya perlu amalkan 7 tips di atas dan InsyaAllah berat badan anda akan berkurang seperti yang anda idamkan. Selamat mencuba.


Jom klik sini untuk mengundi blog ini^^

 

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved