Tampilkan postingan dengan label laman web. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label laman web. Tampilkan semua postingan

Pasword Laman Web Sebagai Wasiat

on 14 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

KELLY...banyak simpan dokumen digital.
KELLY...banyak simpan dokumen digital
 
LONDON: Amalan menuntut pusaka dengan mendaftar masuk ke sistem komputer bakal menjadi amalan lazim apabila semakin banyak kata laluan Internet dimasukkan ke surat wasiat.
Hasil kajian itu diterbitkan ketika ramai pengguna menyimpan pelbagai barangan berharga, termasuk filem, video dan muzik, dalam dunia maya melalui pelbagai perkhidmatan seperti Hotmail, Facebook, iCloud dan Flikr.

Kajian menunjukkan, 25 peratus daripada 2,000 orang dewasa menyimpan harta mereka yang bernilai lebih �200 (RM986) di dalam talian.
Hampir satu pertiga menganggap, nilai itu memadai untuk diwariskan kepada orang tersayang dan 11 peratus pula sudah menuliskan kata laluan Internet dalam wasiat masing-masing.

Tanpa kata laluan dalam wasiat, semua harta berkenaan akan hilang.

Kajian itu - dilakukan syarikat komputer Rackspace - mendapati 53 peratus responden menyimpan “harta” dalam perkhidmatan Internet.
Rackspace menganggarkan warga Britain mengumpulkan kira-kira RM11.3 bilion wasiat digital setakat ini.

Jumlah itu diperoleh dengan mendarabkan 24 peratus daripada 11,568,000 populasi Britain berusia lebih 18 tahun dengan 200, iaitu nilai purata fail yang ada dalam talian.

Satu pertiga responden berkata, mereka menyimpan “gambar istimewa” dalam talian.

Seorang daripada 10 responden menyimpan video mereka dalam Internet, selain jumlah sama menggunakan perkhidmatan itu bagi menyimpan e-mel daripada orang disayangi.

Sementara itu, peguam berkata, amalan mewariskan kata laluan itu sebagai perubahan besar dalam penulisan wasiat.

Peguam, Matthew Strain, berkata timbul persoalan apa akan berlaku kepada pelbagai barang bernilai itu di masa depan.

“Pemilikan secara dalam talian - daripada gambar dan video digital - memiliki nilai wang dan emosi kepada pemiliknya.

“Orang ramai belum menghargai harta digital ini dan ia mungkin hilang apabila pemiliknya mati, malah mungkin menjadi bebanan,” katanya.

Tukang masak dari Hitchin, Hertfordshire Kelly Harmer, berkata aset digitalnya kini bernilai hampir RM50,000 dan ia dimasukkan ke wasiatnya.

“Saya menyimpan banyak kenangan berharga dalam talian, termasuk gambar digital.

“Biasanya saya tidak memiliki salinan cetak untuk gambar itu.

“Saya mahu pastikan - jika ada sesuatu berlaku ke atas saya - keluarga dan rakan boleh memiliki akses kepada harta digital itu,” katanya. - DM


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved