Tampilkan postingan dengan label laptop. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label laptop. Tampilkan semua postingan

AIZAT HILANG LAPTOP MACBOOK PRO DAN CAMERA CANON | AJL26

on 30 Januari 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera

Aizat dirompak!

Aizat Amdan melalui laman Twitternya, merayu kepada individu atau pihak yang mengambil atau terambil Laptop Macbook Pro dan Camera Canon 60D milik abangnya Anas Amdan yang hilang semasa Anugerah Juara lagu berlangsung agar mengembalikan kepadanya secepat mungkin. Menurut abang kepada finalis AJL26, Anas Amdan, dia amat memerlukan Laptop tersebut kerana terdapat banyak hasil kerja penting ada tersimpan di dalamnya. Simpati dengan nasib Aizat Amdan dan Abangnya, sudahlah tidak dapat memenangi apa-apa anugerah, dirompak pula!! Kepada pihak yang tidak mengambil barang-barang tersebut, silalah kembalikan epada tuannya.

Berikut adalah screenshoot komen Aizat Amdan dan abangnya, Anas Amdan melalui lawan twitter mereka:

Twitter Aizat Amdan

Twitter Aizat Amdan






Berikut adalah komen Aizat Amdan dan abangnya Anas Amdan:

Komen abang Aizat, Anas Amdan :
“Aduh nak nangis. Bukan sebab kalah tapi sebab laptop kena curi. Tolong la wahai rakyat malaysia. Bagi balik laptop aku.. Dalam laptop tu ada semua lagu-lagu baru yang aku sayangi. Please la sape yang curi. Aku nak balik.. Ya Allah.. Tolong la bagi balik..Please return my laptop! My life’s work is inside my Macbook pro 15″
“Special nye laptop aku. Macbook Casing bawah dia warna hitam mmg takleh bukak.. Siapa2 yang nampak.. Tolong la pulangkan balik.. Kami sanggup bagi 2 laptop baru. What a shitty day. Sorry to fans Aizat. Tak sempat nak jumpa korang.. Hope korang enjoy performance tadi.” – Anas

Komen Aizat Amdan :
“Sesiapa yg ambik atau ternampak laptop mcbook pro AnasAmdan dlm stadium putra please pulang balik. Byk kerja hidup kami ada dlm laptop macbook pro dan camera canon tu. Tolong sesiapa yg ambik dr dressing room saya, pulangkan. Kalau sesiapa ternampak org yg disyaki masuk dressing room sy sepanjang AJl26 berlansung tolong beritahu.”
“Despite my brother’s laptop got stolen, im really happy that Dato M.Nasir’s Awan Nano won and Hafiz did an exceptional job di AJL26.And thank you sgt2 kepada aizoners semua yg penat2 angkat banting and nyanyi sama2 sg lui. You guys made our day!” – Aizat

MENARIK HARI INI:


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Penggunaan WIFI Boleh Membunuh Sperma Anda

on 04 Desember 2011

Awas! Penggunaan WIFI boleh membunuh zuriat anda.

Assalamualaikum & salam sejahtera


Mengikut kajian yang baru diterbitkan minggu lepas dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan, komputer riba dengan WiFi boleh merosakkan sperma lelaki.

Untuk menguji teori tersebut, penyelidik Argentina meletakkan setitik sperma yang sihat berdekatan laptop yang sedak memuat turun data. Selepas empat jam, satu perempat daripada sperma tersebut telah berhenti berenang, berbanding dengan 14 peratus sperma dalam kumpulan kawalan yang diletakkan jauh dari komputer. Di samping itu, 9 peratus sperma berhampiran komputer mempunyai kerosakan DNA, tiga kali ganda daripada sperma dalam kumpulan kawalan.
 

Penyebabnya ialah sinaran elektromagnet dari internet tanpa wayar (WIFI), kata saintis. Namun begitu, mereka berkata pada peringkat ini, keputusan tidak muktamad sehinggalah terdapat lebih banyak penyelidikan dilakukan.
 

Dalam kajian yang lain yang disiarkan dalam jurnal yang sama, penyelidik Amerika Syarikat meletakkan sensor suhu pada skrotum(bahagian sulit bagi lelaki) kepada 29 orang lelaki. Lelaki-lelaki tersebut bekerja menggunakan komputer riba diatas riba mereka, dan selepas 10 hingga 15 minit berlalu, suhu skrotum meningkat ke paras yang diketahui merosakkan penghasilan sperma.
 

Untuk pengeluaran sperma yang maksimum, buah zakar perlu kekal sejuk, walaupun satu hingga dua darjah di bawah suhu badan. Menggunakan komputer riba boleh menyebabkan suhu meningkat sebanyak 2.5 ° C dalam satu jam, menurut kajian itu.

Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan gunakan meja atau cuba  menggunakan pad laptop dan menjaga jarak kaki anda dari laptop anda. Namun begitu, ianya hanya akan bertahan selama 20 minit, menurut pakar urologi kajian Dr. Yefim Sheynkin University of New York di Stony Brook.

Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved