Tampilkan postingan dengan label lemak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lemak. Tampilkan semua postingan

Tips Kurangkan BERAT BADAN Untuk WANITA

on 11 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Sedapnya....

Setiap orang menginginkan berat badan yang ideal sesuai dengan saiz atau ketinggian badan mereka. Namun begitu bukan semua cara yang mereka amalkan berkesan dalam mengurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan seharian kita. pelbagai penyakit akan mudah kita hidapi sekiranya berat badan kita melebihi berat yang sepatutnya. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengesan sama ada berat badan kita normal atau berlebihan ialah dengan menggunakan kaedah BMI.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan untuk mendapat berat badan yang ideal:

1). Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu secara sederhana
2). Kurangkan memakan makanan yang berlemak tinggi (Pizza, burgers & dll)
3). Mengambil makanan lemak baik (Lemak tak larut) seperti salmon, minyak zaitun & omega 3
4). Minum banyak air
5). Memakan banyak buah-buahan
6). Memakan makanan berprotin seperti ikan, ikan laut, ayam & telur
7). Kurangkan memakan makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi, pasta & kentang (tips: ambil ikut keperluan)

Begitulah cara yang paling jimat & berkesan dalam mengurangkan berat badan. Anda masih boleh memakan makanan kegemaran anda tetapi perlulah dikawal mengikut kuantiti yang sepatutnya. Selain itu, anda tidak perlulah berbelanja besar untuk membeli produk-produk mengurangkan berat badan yang berlambak di pasaran masa kini. Anda hanya perlu amalkan 7 tips di atas dan InsyaAllah berat badan anda akan berkurang seperti yang anda idamkan. Selamat mencuba.


Jom klik sini untuk mengundi blog ini^^

 

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved