Tampilkan postingan dengan label mafia wars. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mafia wars. Tampilkan semua postingan

Tips PENTING Untuk Pengguna FACEBOOK!

on 08 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Selepas Google, Facebook merupakan laman sesawang kedua paling popular di dunia. Di manapun anda berada jika anda terdedah dengan kemajuan pesat rangkaian internet sudah pasti anda pernah menggunakan laman sosial sosial FACEBOOK. Namun pernahkah anda terfikir apakah komplikasi apabila anda menggunakan laman Facebook? Banyak maklumat peribadi kita ada tersimpan di dalamnya termasuklah gambar yang dimuat naik ke dalam laman facebok untuk diperlihatkan kepada umum. Oleh itu sebagai pengguna yang bijak, kita patut mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak depergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan semasa menggunakan laman sosial tersebut:

Jangan jadi gila

Fikirlah sewaras-warasnya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang anda rasakan boleh memalukan diri anda. Walaupun anda yakin dengan tahap privasi yang ada pada facebook, anda tidak tahu di luar sana banyak orang yang telah menjadi mangsa kelalaian diri sendiri seperti yang pernah berlaku iaitu seorang wanita mati setelah menyiarkan gambar seksinya melalui facebook. Kita tidak tahu siapa orang yang membaca facebook kita. Oleh itu berhati-hati.




Jangan terlalu mudah menerima kawan

Sudah jadi kebiasaan di facebook, ramai orang akan berlumba-lumba untuk menambah kenalan. Sudah pasti kita juga pernah merasakan situasi ini apabila banyak permintaan yang kita terima untuk menjadi rakan facebook anda. Ada diantara kita yang terus akan menerima mereka sebagai rakan facebook tanpa menyelidik latar belakang mereka dan ada juga yang membiarkannya. Sebagai seorang yang bijak, selidiklah latar belakang pengguna facebook yang ingin menjadi rakan facebook anda, sekiranya anda kenal dan yakin dengan mereka barulah kita tekan butang terima. Biarlah orang katakan kita sombong asalkan hidup kita tidak diganggu oleh orang yang kita tidak kenali.




Berhati-hati dalam menggunakan aplikasi dalam facebook

Sedarkan anda bahawa sekiranya anda memasang mana-mana aplikasi pihak ketiga dalam facebook anda seperti Mafia wars & FarmVille, data atau maklumat anda pada facebook akan dapat diakses. Maka risiko maklumat peribadi anda disalah guna adalah tinggi. Oleh itu anda seharusnya berhati-hati dalam memasang mana-mana aplokasi dalam facebook. Sekiranya terdapat aplikasi yang anda tidak lagi gunakan buanglah aplikasi tersebut serta merta. Buktinya semasa anda ingin memasang aplikasi dalam facebook anda, pihak facebook akan memberi peringatan kepada anda bahawa anda ingin membenarkan akses dalam facebook anda atau tidak kepada pihak ketiga iaitu pembuat aplikasi tersebut?


Perlindungan privasi

Gunakanlah tetapan 'friends only' untuk facebook anda sekiranya anda inginkan tahap keselamatan yang lebih. Sekiranya anda merasakan diri anda boleh menerima risiko maklumat disalah guna, anda bolehlah menggunakan tetapan 'everyone'. Dan jika anda seorang yang amat berhati-hati gunakanlah tetapan 'only me'. Tetapi tetapan ini sama seperti anda tidak mempunyai akaun facebook kerana facebook anda tidak boleh diakses oleh orang lain tidak kita kawan atau lawan.



Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved