Tampilkan postingan dengan label mahasiswa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahasiswa. Tampilkan semua postingan

PRAKTIKAL DAN LATIHAN INDUSTRI DI KEDAH | SENARAI SYARIKAT

on 05 Februari 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera

LATIHAN INDUSTRI/ PRAKTIKAL

Setiap pelajar yang ingin menamatkan pengajiannya di universiti, politeknik ataupun kolej/institut swasta atau awam perlulah menjalani Latihan Industri atau praktikal selama beberapa bulan bagi memenuhi kehendak syarat bagi melayakkan seorang pelajar itu dianugerahkan segulung ijazah mengikut kursus yang diambil. Semasa mencari tempat praktikal yang sesuai dengan kursus yang diambil, pelajar perlulah mencari dan menganalisis senarai syarikat yang mereka ingin jadikan tempat praktikal mereka nanti. Perkara ini adalah sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada anda akan dapat memperoleh pengalaman yang berkaitan dengan kursus yang anda ambil atau tidak. Pengalaman adalah sangat penting agar anda akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan nanti disamping itu menajamkan lagi pengetahuan anda dalam bidang yang anda ceburi.


Di bawah ini adalah senarai syarikat yang boleh anda gunakan untuk mencari tempat praktikal yang sesuai dengan anda:



Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


AZIZ BARI MINTA AUKU DIHAPUSKAN BUKANNYA DIKAJI

on 27 Januari 2012

AZIZ BARI MINTA AUKU DIHAPUSKAN BUKANNYA DIKAJI | BAGI PELAJAR BERPOLITIK | JANGAN HALANG PELAJAR BERPOLITIK

Assalamualaikum & salam sejahtera

MANSUHKAN AUKU, TAK PERLU DIKAJI !

PETALING JAYA: Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan sahaja dan bukannya dikaji lagi mengenai keberkesanannya, kata pakar undang-undang dan perlembangaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dipetik dalam HarakahDaily, beliau mengatakan undang-undang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan, sama ada mahasiswa atau mereka yang berada di luar.

“Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," katanya.

Beliau berkata demikian apabila menjadi salah seorang panel pada Program Wacana Sinar Harian Ke-10 bertajuk Masih Relevankah AUKU di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, Khamis.

Aziz berkata, Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, maka tidak perlu takut sekiranya berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya, siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya.

Menurut Aziz, mhasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, maka kebebasan perlu diberikan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campur tangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi,” katanya.
Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DILELONG DI MUDAH

on 23 Januari 2012

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DILELONG DI MUDAH.MY

Assalamualaikum & salam sejahtera

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. 
Jom terjah di website Mudah.com. Ini adalah salah satu iklan baucar buku 1Malaysia yang dipaparkan di website mudah.my. Siapakah pemiliknya?


P/s: Kalau nak dapat duit cepat pun tak payah la nak jual baucar tu. Kerajaan dah bagi percuma untuk beli buku. Gunakanlah ia sebaiknya. Bukan dengan cara di atas.

Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved