Tampilkan postingan dengan label mahkamah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahkamah. Tampilkan semua postingan

KES TURUN BENDERA | ADAM ADLI DIGANTUNG PENGAJIAN 3 SEMESTER

on 09 Januari 2012

Kes Turun Bendera Adam Adli | Digantung Pengajian Selama 3 Semester

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester

TANJUNG MALIM: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 22, dihukum gantung pengajian selama tiga semester, berkuat kuasa serta merta.

Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau didapati bersalah menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semasa demonstrasi di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.

Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Wassalam~

P/s: Lama la Adam Adli boleh buat demo lepas ni. 3 Semester !

Sumber: Bharian

Video Penjelasan Fizo Omar Penjamin RM2.5 Juta

on 15 Desember 2011

Video Temubual Fizo Omar Penjamin RM2.5 Juta

Assalamualaikum & salam sejahtera

Entri ini merupakan kesinambungan entri sebelum ini yang bertajuK:



Fizo Omar bersama Peguamnya

Berikut merupakan video temubual Fizo Omar atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, 26 yang dikejutkan dengan dengan hutang RM2.5 juta yang dijaminnya sewaktu menyertai sebuah syarikat baru pada tahun 2008. Fizo Omar bersama peguamnya (Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua: Datuk Khairul Anwar Rahmat) menjelaskan keadaan sebenar dan akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini sebaiknya. 





Mengikut apa yang diterangkan oleh Fizo Omar, dia sebenarnya tidak tahu syarikat yang disertainya itu layak untuk meminjam sejumlah wang yang besar iaitu RM2.5juta walhal syarikat tersebut masih baru dan belum layak meminjam wang besar di Bank berkenaan.

Wassalam~

Sumber: Hmetro@youtube
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved