Tampilkan postingan dengan label malaikat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaikat. Tampilkan semua postingan

Kisah Misteri Lelaki Kacak

on 22 April 2012

Kisah Teladan Lelaki Kacak Misteri yang dalam Al-Quran. Moga menjadi teladan untuk menambah bekalan kita di akhirat kelak.

Lelaki Kacak

Selepas pengebumian selesai, semua orang pulang ke rumah masing-masing, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang ke dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah SWT. Tetapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun berlaku. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu, Lelaki Kacak itu  berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

Sama-sama kita dekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Semoga kisah Lelaki Kacak dengan pemuda yang mahu disoal malaikat Munkar dan Nakir di atas akan menginsafkan kita. InsyaAllah.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved