Home > Posts filed under menurut
Keistimewaan manusia yang bergelar WANITA
Assalamualaikum & salam sejahtera
1. Doa
wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah
SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia
dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
P/s: Artikel ini merupakan hasil dari perkongsian melalui emel rakan2.
Wassalam~