Tampilkan postingan dengan label nasri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nasri. Tampilkan semua postingan

KASUT PINTAR ADIDAS PERTAMA DUNIA | ADIZERO F50

on 16 Januari 2012

ADIDAS MALAYSIA PERTONTON KASUT BOLA SEPAK PINTAR PERTAMA DI DUNIA | ADIZERO F50 LIONEL MESSI 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November tahun lepas oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee berkata kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini.

Turut hadir ialah pasukan Harimau Muda A dan jurulatih mereka, Ong Kim Swee. Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Beliau berkata peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.

Jom layan iklan komersial Adidas ADIZERO F50 - LIONEL MESSI 2012













Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Bernama

Clichy, Nasri & Fabregas Berpindah!

on 02 Juli 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera.


Nampaknya The Gunners bakal kehilangan beberapa pemain tunggak utama seperti nama-nama di atas. Paling memeritkan apabila kapten Arsenal juga bakal berpindah ke kelab asalnya iaitu Barcelona.Fabregas yang sudah lama dikhabarkan akan berpindah ke kelab asalnya sejak musim lepas lagi nampaknya sudah tidak sabar untuk memenangi trofi selepas gagal memenangi apa-apa trofi pada musim lepas. Pemain antarabangsa Francis iaitu Gael Clichy dan Samir Nasri juga nampaknya akan mengikuti jejak kapten mereka selepas perjanjian kontrak baru mereka belum lagi mencapai kata sepakat dari pihak pengurusan kelab. Permintaan gaji yang tinggi merupakan sebab-sebab utama kontrak mereka tidak dipersetujui oleh pihak kelab. Adakah Arsenal akan menbiarkan pemain-pemain mereka berpindah ke kelab lain? Sanggupkah Arsenal mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi hanya untuk mengelakkan pemain mereka dari berpindah seperti apa yang dibuat oleh kelab Manchester United untuk memastikan Wyne Rooney dari berpindah? 

Untuk mendapatkan maklumat dan berita bola terkini bolehlah melawat website ini: www.goal.com

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved