Tampilkan postingan dengan label pelawak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelawak. Tampilkan semua postingan

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


ZIZAN BERLAGAK TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM?

on 02 Februari 2012

ZIZAN BESAR SUDAH BESAR KEPALA, TOLAK TAWARAN BINTANGI TEATER MUZIKAL MAEL LAMBONG

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERLAGAK? TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

“Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

“Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

“Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.


Zizan Sudah Besar Kepala?
Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

“Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

“Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

“Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula,” katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

“Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

“Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong,” katanya.


Reaksi Zizan Terhadap Tuduhan Negatif Keatasnya
Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

“Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

“Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu,” luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.
“Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

“Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya,” luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

“Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong,” katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


ZIZAN RINDU JULIANA EVANS | TERBANG KE AMERIKA

on 12 Januari 2012

ZIZAN RAJA LAWAK RINDU JULIANA EVANS | TERBANG KE AMERIKA

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERSAMA JULIANA EVANS

SUBANG JAYA: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) jika ada masa terluang untuk bertemu pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya, Juliana Evans, yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.

"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.

"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.

"Saya bersyukur kerana tercalon dalam 'Top 5' anugerah ini. Saya akui, apabila sudah tercalon, siapa-siapa sekali pun pasti mengharapkan untuk kemenangan. Begitu juga dengan saya, cuma saya tak adalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

"Berada di zon 'Top 5' pun sebenarnya sudah memadai dan itu tandanya peminat-peminat masih lagi menyokong saya," ujarnya.

Sementara itu, Zizan juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Bawaku Pergi berduet dengan Kaka yang diciptakan sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).

"Tahun ini, selain kesibukan saya mengacara dan berlakon, saya turut menghadiahkan kepada peminat lagu Bawaku pergi.

"Macam biasa, dalam lagu itu saya merupakan penyanyi rap. Seronok juga sekali sekala beralih ke muzik. Sekurang-kurangnya peminat tidaklah bosan," tuturnya.

Wassalam~



Sumber: mStar
 
Derma [LIKE] Anda!
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved