Tampilkan postingan dengan label pelik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelik. Tampilkan semua postingan

Kemalangan Paling PELIK!

on 12 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Entri ini agak santai.. Jom layan gambar-gambar kemalangan pelik yang pernah berlaku.











































Tapi yang ini paling PELIK!!!


Wassalam~

9 Sandal paling PELIK Pernah Dicipta [Gambar]

on 08 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Berikut adalah sandal@ selipar yang pelik pernah dicipta oleh manusia abad ini. Pelik tapi benar!

























Wassalam~

Memiliki Rambut Sepanjang 3.6 Meter

on 27 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sekadar gambar hiasan

Saya nak tanya korang ni. Korang suka tak simpan rambut panjang-panjang? Perempuan selalunya suka rambut panjang, kan? Selalunya berapa panjang maksimum rambut korang penah simpan? Saya tujukan soalan tu pada yang perempuan. Kalau lelaki nak jawab tak apa la juga, jawab je lah. Tak kesah!!..

Cuba korang (perempuan/ mak nyah) simpan rambut sepanjang 3.6 meter. Korang rasa boleh tak. larat ke nak jaga?.. hehe Cuba tengok gambar kat bawah ni>>>>


Error????....


Bye~









Dah habis la.. Kenapa masih scroll sampai bawah ni... tak puas nampak? haha.
Nak tengok jugak gambar tu? yelah tengok la kat bawah ni. Cuba korang simpan rambut smpai panjang macam tu. Boleh tak? haha



Perempuan yang kat dalam gambar tu adalah seorang warganegara China yang bernama Jiang Aixiu berawal dari daerah Fushun, China. Nak tau apa rahsia dia smpai boleh simpan rambut sampai macam tu? Korang tanya la dia sendiri. Saya pun tak tau.

Rambut yang beliau miliki sepanjang 3,6 meter yang telah dijaga rapi selama 21 tahun, tanpa pernah memotongnya. Jiang terakhir sekali memotong rambut tahun 1990. pada ketika itu, seseorang telah menyarankan supaya rambutnya dipelihara karana diberitahu rambutnya sangat bagus kualitinya. setiap setahun rambutnya akan tubuh secara purata 20 cm .Sampailah sekarang beliau masih tidak memotong rambutnya walaupun ada orang menawarkan wang 10 ribu yuan (RM 4617) agar memotong rambutnya. haha


Wassalam~

Isteri = Lelaki???

on 05 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Cantik tak isteri dia tu??

Pelik kan tajuk entri kali ini?.. Bolehkah seorang isteri itu datang dari golongan lelaki? Tak mungkin!!.. Malam pertama??.. Memang tak dapat nak dibayangkan. hehe.. Sebenarnya saya baru saja selesai membaca satu artikel dari akbar Kosmo. Berita itu berkisar mengenai seorang lelaki Indonesia yang tidak sedar selama 6 bulan telah bernikah dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang perempuan. Titik pertemuan mereka adalah melalui FACEBOOK!!... Inilah bahayanya kenalan melalui internet. Sepatutnya berkenalanlah dahulu seberapa lama dan selidik latar belakang kehidupan pasangan itu. huhu... Harap-harap perkara ni tidak berlaku pada kita.

Mesti korang nak tahu macam mana isteri dia tu boleh kantoi kan?.. Ala.. korang baca la sendiri surat khabar tu. hehe.. Lelaki tu mula-mula nampak tubuh badan isteri dia tu berbadan sasa. Siasat punya siasat, maka terkantoilah isteri dia tu sama spesis dengan dia. LELAKI rupanya!!.. Apa lagi dia pun report la kat polis & kalau disabit kesalahan penyamar tu akan dipenjara 7 tahun.

Macam mana lelaki tu tak perasan ya??.. Pelik-pelik!.. Sebenarnya lelaki penyamar perempuan tu licik juga orangnya. Dia dah palsukan kad pengenalan dan gunakan khidmat dua orang rakannya untuk menjadi ibu bapa palsu beliau. Tapi yang hairannya sampai 6 bulan tu tak tahu pun dah beristerikan seorang lelaki. Ish2.. Korang carilah jawapannya sendiri.. Akhbar tu tak bagitau pula... hehe

Wassalam~

Sumber rujukan: Akhbar KOSMO

Mona Lisa Sebenarnya Lelaki?...

on 06 Februari 2011

ROME: Penyelidik Itali yang pakar dalam menyelesaikan misteri seni mendakwa model potret Mona Lisa hasil lukisan Leonardo da Vinci sebenarnya seorang lelaki. 
Benarkan Mona Lisa sebenarnya seorang lelaki???

Silvano Vinceti, pengerusi jawatankuasa nasional Itali untuk warisan budaya berkata perantis lelaki pelukis Renaissance kelahiran Florence itu dan kemungkinan kekasihnya Salai menjadi inspirasi utama untuk lukisan itu. Bagaimanapun, dakwaannya segera dibantah oleh pakar di muzium Louvre di Paris, tempat lukisan itu dipamerkan. Salai, atau nama sebenarnya Gian Giacomo Caprotti, seorang artis muda lembut yang bekerja dengan da Vinci selama 25 tahun, dianggap berkhidmat sebagai model dan menjadi inspirasi beberapa lukisannya. 
Pasangan itu ada hubungan ‘samar-samar’ dan kemungkinan pasangan kekasih, kata Vinceti. Perbandingan antara kriteria wajah beberapa hasil lukisan da Vinci seperti ‘St. John the Baptist’ dan ‘Angel Incarnate’ — mendedahkan kesamaan jelas dengan hidung dan mulut Mona Lisa, katanya.
St. John the Baptist
Angel Incarnate
“Ada persamaan yang ketara,” kata Vinceti kepada media. 
Tambahan pula, kata Vinceti da Vinci meninggalkan petunjuk kepada identiti model dengan huruf kecil L dan S yang ditemui pasukannya dilukis pada mata Mona Lisa. 

“Pemeriksaan rapat salinan digital berkualiti tinggi potret itu mendedahkan L untuk Leonardo dan S untuk Salai,” katanya. 

Namun dakwaan Vinceti dibantah pegawai muzium Louvre. 

Pegawai muzium itu menegaskan, pihaknya sudah melakukan ‘semua ujian makmal’ ke atas gambar pada 2004 dan kemudian sekali lagi pada 2009, dan menegaskan ‘tiada ukiran, huruf atau nombor ditemui ketika ujian itu.’ 

“Lukisan di atas kayu sudah berusia itu menyebabkan banyak rekahan muncul yang menyebabkan banyak bentuk muncul yang mungkin di salah tafsirkan,” kata Louvre. 

Muzium itu juga menuduh Vinceti membuat dakwaan tanpa melihat lukisan itu. – AFP


Sumber: Berita Harian (Sabtu, 5 Feb 2011)

Mulut Paling Lebar Di Dunia

on 30 Oktober 2010

     Guinness World Records kini berjaya mendapatkan seorang lagi manusia yang cukup unik. Dia adalah Francisco Domingo Joaquim, dari Angola, berjaya memecahkan rekod sebagai mulut yang paling elastik di dunia.

Dia boleh dikatakan seperti watak kartun di dunia nyata. Mulutnya sangat luas, dimana ia boleh memuatkan satu botol tin soda dalam mulutnya. Chiquinho telah mencapai 6.69 inci kelebaran mulut untuk mendapatkan rekod dari Guinness World Records itu.


    Baru-baru ini, dia telah memukau penonton di Itali kerana mampu mengeluarkan dan memasukkan setin botol soda dari mulutnya sebanyak 14 kali dalam satu minit.Pertandingan mulut elastik yang diadakan di Rom, Itali itu juga dikunjungi oleh banyak peserta yang cuba memasukkan benda seperti cawan kopi dan bir botor, hanya untuk mendapatkan peniktirafan sebagai mulut yang paling lebar di dunia.


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved