Tampilkan postingan dengan label pengguna australia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengguna australia. Tampilkan semua postingan

GAGAL DEDAHKAN HARGA SEBENAR, AIRASIA DISAMAN PENGGUNA AUSTRALIA

on 03 Februari 2012

KUMPULAN PEMANTAU PENGGUNA AUSTRALIA MENYAMAN SYARIKAT PENERBANGAN AIRASIA KERANA GAGAL DEDAHKAN HARGA SEBENAR TIKET PENERBANGAN AUSTRALIA - MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

GAGAL DEDAHKAN HARGA SEBENAR TIKET, AIRASIA DISAMAN!
SAMAN yang difailkan Australia terhadap AirAsia X baru-baru ini tidak akan menjejaskan prestasi jualan syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, saman itu adalah masalah teknikal yang kecil dan tidak menyebabkan sebarang perubahan terhadap kekerapan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang rendah itu ke Australia.

“Saman yang dikemukakan itu hanya masalah teknikal kecil dan kami tidak menjangkakan ia akan mengganggu kekerapan penerbangan ke Australia,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan dianggap terpencil kerana hanya membabitkan empat laluan daripada ratusan laluan AirAsia dan AirAsia X.

“Saman yang dikemukakan itu hanya membabitkan empat laluan saja berbanding jumlah keseluruhan laluan yang kami tawarkan dan pengurusan AirAsia X sudah membetulkannya,” katanya selepas menyambut ketibaan Airbus A320 ke-100 Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, semalam.

Awal bulan ini, kumpulan pemantau pengguna di Australia menyaman syarikat penerbangan tambang rendah itu kerana didakwa gagal mendedahkan harga penuh tambang untuk penerbangan dari Australia.


Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat penerbangan itu pada hari yang sama eksekutifnya melancarkan tambang bagi laluan Sydney-Kuala Lumpur pada tambang sehala serendah AS$99 (RM319). Setakat ini, AirAsia X menawarkan laluan ke Gold Coast, Melbourne, Perth dan Sydney dan dijangka akan memperkenalkan laluan ke Adelaide.

Dalam pada itu, Fernandes berkata, pihaknya melabur kira-kira AS$25 bilion (RM75.4 bilion) bagi pembelian pesawat Airbus baru yang dijangka akan diterima bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini.

Ia membabitkan 300 pesawat Airbus A320 Neo bernilai AS$18 bilion (RM54.3 bilion) dan 75 pesawat Airbus A320 bernilai AS$7 bilion (RM21 bilion).


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved