Di bawah ini adalah antara isi-isi penting apa yang tersemat dalam komen mengenai
demo di UPSI dalam video di atas :
1.
Islam tak mengajar kita bertindak secara beremosi dan bercakap kasar
dengan orang lain sama ada sesama Islam mahupun bukan Islam...
2. Nabi Muhammad SAW mengajar kita bercakap lembut dan tidak mencaci cerca...
3. Agama Islam tidak mengajar demonstrasi dan tiada sebarang faedah...
4.
Jangan menuduh secara melulu bahawa pihak Polis atau pihak mahasiswa
yang salah dalam isu kekasaran semasa demo UPSI 2012 lalu...
5.
Tetapi sudah pasti bahawa tindakan mahasiswa berdemo di hadapan pintu
masuk UPSI tersebut adalah salah dan tidak beradab serta tidak
beretika...
6. Nabi SAW lebih utama untuk buat demo kerana Nabi
SAW berhadapan dengan para Yahudi, Munafik dan pelbagai. Tetapi Nabi SAW
TIDAK PERNAH BUAT DEMO kerana bukan kemaslahatan...
7. 1.5 juta
pelajar di universiti yang ada sekarang, berapa yang pergi buat demo
tersebut? 1 juta? Bukan suara majoriti, sudah terang bahawa suara kalian
adalah suara minoriti...
8. Sikap berdemo tidak memberi manfaat kepada sesiapa, malah ia membuang masa sahaja...
9.
Bandingkan keputusan peperiksaan pelajar yang terlibat dalam politik
sebelum dan selepas AUKU dipinda. Jika peratusan semakin tinggi, maka
baguslah pelajar berpolitik, tetapi jika sebaliknya itu bermakna ia tak
memberi manfaat...
10. Ibu bapa bagi atau tidak anak-anak turut
join politik semasa masih belajar? Sedangkan jika anak-anak nak menikah
semasa masih belajar pun masih mendapat tentangan ibu bapa, inikan pula
nak memberi untuk join politik. Sedangkan menikah itu adalah suatu
perkara yang baik dan dituntut...
11. Hak kebebasan sejauh mana? Kita tak boleh beri hak kebebasan sebebas-bebasnya kepada rakyat.
12. Kita tidak boleh 'buka' kepada semua (kebebasan) dalam semua perkara...
13.
Kaedah dalam Islam cukup jelas, iaitu "sesiapa yang beriman dengan
Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri."
14. Bukan suruh luah, luah, luah ketidakpuashatian...
15.
Jika tak setuju kepada sesiapa atau apa-apa sekalipun, buatlah dengan
cara lain yang lebih bermanfaat. Contohnya berdoa meminta kehadrat Allah
SWT...
16. Para akademik, guru serta ilmuan diminta menasihati dan melarang para pelajar agar tidak turun berdemo...
17.
Ahli ilmu perlu bersepakat dalam isu ini untuk melarang para pelajar
turun berdemo dan menggunakan pendekatan lain untuk menyatakan hasrat
dan pandangan masing-masing...
18. Maka elakkanlah perkara seperti ini
P/s: Sebenarnya banyak lagi Ustaz yang memberikan pendapat mengenai demonstasi yang dilakukan oleh pelajar UPSI seperti Ustaz Azri (Dr. Maza) dan Ustaz. Zaharuddin. Anda Nilai la sendiri.
Wassalam~
Sumber:
sarfarizmalsaad.blogspot.com