Tampilkan postingan dengan label rogol. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rogol. Tampilkan semua postingan

Anak Menjadi Mangsa Rogol Bapa Sendiri

on 21 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gambar Hiasan!
Sebelum korang meneruskan pembacaan dalam entri ini, satu soalan yang ingin saya ajukan kepada korang ialah siapakah orang yang korang paling percaya dalam hidup? Pasti ramai yang akan mengatakan ibu bapalah orang yang paling mereka percaya. Betol tak? Ok, cuba korang baca keratan akbar di bawah:

MIRI: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan mendekati anak perempuan yang baru meningkat remaja.

Mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak tunggal, sama sekali tidak percaya diperlakukan sedemikian oleh bapa kandungnya.

Suspek yang berusia 50-an secara tiba-tiba menerkam dan mengoyak pakaian anaknya yang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka.

Ketika kejadian sekitar jam 2.30 petang, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang kelapa sawit.

Ibu mangsa yang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat `aksi’ terkutuk suaminya itu terhadap anaknya sendiri.

Berang dengan perbuatan si suami, mangsa segera dibawa keluar oleh ibunya dan segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis di Balai Polis Batu Niah di sini sekitar jam 3 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris yang dihubungi semalam mengesahkan kes ini dan menambah, suspek ditahan setelah menerima laporan daripada ibu mangsa.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun atau sebatan,” jelasnya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Mangsa juga dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.
Sebenarnya tujuan saya membuat entri ini bukanlah untuk menidakkan kepercayaan korang kepada mak dan ayah korang, tetapi cuma ingin mengingatkan supaya korang sentiasa waspada dalam apa juga keadaan. Dunia di akhir zaman ni apa-apa benda boleh terjadi. Sedangkan manusia yang bergelar ustaz @ ustazah boleh termakan dengan hasutan syaitan laknatullah, inikan lagi kita yang mempunyai iman yang tidak menentu ini. Fikir-fikirkan...

Sumber: Borneo Post

Wassalam~

Cipta Aplikasi Telefon Elak KES ROGOL

on 14 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.
Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.
Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.

Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.

Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.
Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.

Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.

“Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan kami percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat,” katanya. - Reuters

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved