Assalamualaikum & salam sejahtera
Selepas
Google, Facebook merupakan laman sesawang kedua paling popular di
dunia. Di manapun anda berada jika anda terdedah dengan kemajuan pesat
rangkaian internet sudah pasti anda pernah menggunakan laman sosial
sosial FACEBOOK. Namun pernahkah anda terfikir apakah komplikasi apabila
anda menggunakan laman Facebook? Banyak maklumat peribadi kita ada
tersimpan di dalamnya termasuklah gambar yang dimuat naik ke dalam laman
facebok untuk diperlihatkan kepada umum. Oleh itu sebagai pengguna yang
bijak, kita patut mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak
depergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berikut adalah
beberapa tips yang boleh kita amalkan semasa menggunakan laman sosial
tersebut:
Jangan jadi gila
Fikirlah
sewaras-warasnya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang anda
rasakan boleh memalukan diri anda. Walaupun anda yakin dengan tahap
privasi yang ada pada facebook, anda tidak tahu di luar sana banyak
orang yang telah menjadi mangsa kelalaian diri sendiri seperti yang
pernah berlaku iaitu seorang wanita mati setelah menyiarkan gambar
seksinya melalui facebook. Kita tidak tahu siapa orang yang membaca
facebook kita. Oleh itu berhati-hati.
Jangan terlalu mudah menerima kawan
Sudah
jadi kebiasaan di facebook, ramai orang akan berlumba-lumba untuk
menambah kenalan. Sudah pasti kita juga pernah merasakan situasi ini
apabila banyak permintaan yang kita terima untuk menjadi rakan facebook
anda. Ada diantara kita yang terus akan menerima mereka sebagai rakan
facebook tanpa menyelidik latar belakang mereka dan ada juga yang
membiarkannya. Sebagai seorang yang bijak, selidiklah latar belakang
pengguna facebook yang ingin menjadi rakan facebook anda, sekiranya anda
kenal dan yakin dengan mereka barulah kita tekan butang terima. Biarlah
orang katakan kita sombong asalkan hidup kita tidak diganggu oleh orang
yang kita tidak kenali.
Berhati-hati dalam menggunakan aplikasi dalam facebook
Sedarkan
anda bahawa sekiranya anda memasang mana-mana aplikasi pihak ketiga
dalam facebook anda seperti Mafia wars & FarmVille, data atau
maklumat anda pada facebook akan dapat diakses. Maka risiko maklumat
peribadi anda disalah guna adalah tinggi. Oleh itu anda seharusnya
berhati-hati dalam memasang mana-mana aplokasi dalam facebook. Sekiranya
terdapat aplikasi yang anda tidak lagi gunakan buanglah aplikasi
tersebut serta merta. Buktinya semasa anda ingin memasang aplikasi dalam
facebook anda, pihak facebook akan memberi peringatan kepada anda
bahawa anda ingin membenarkan akses dalam facebook anda atau tidak
kepada pihak ketiga iaitu pembuat aplikasi tersebut?
Perlindungan privasi
Gunakanlah
tetapan 'friends only' untuk facebook anda sekiranya anda inginkan
tahap keselamatan yang lebih. Sekiranya anda merasakan diri anda boleh
menerima risiko maklumat disalah guna, anda bolehlah menggunakan tetapan
'everyone'. Dan jika anda seorang yang amat berhati-hati gunakanlah
tetapan 'only me'. Tetapi tetapan ini sama seperti anda tidak mempunyai
akaun facebook kerana facebook anda tidak boleh diakses oleh orang lain
tidak kita kawan atau lawan.
Wassalam~