Tampilkan postingan dengan label shota fujiwara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label shota fujiwara. Tampilkan semua postingan

Entri Untuk Penggemar SUSHI & SASHIMI!

on 05 Oktober 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera

Untuk mereka yang gemarkan makanan dari Jepun, pastinya makanan seperti dalam gambar di bawah sudah tidak asing lagi bagi mereka. Makanan itu ialah:

Sushi

Sashimi

Untuk meneruskan pembacaan entri ini, saya nak ingatkan anda bahawa gambar seterusnya mungkin akan menjejaskan selera anda terhadap sushi dan sashimi atau makanan yang sejenis dengannya.



Adakah anda pasti? Scroll ke bawah perlahan-lahan..


























Inilah dia gambar-gambarnya. Tak menakutkan pun... hehe



Gambar di atas menunjukkan seorang warga Jepun iaitu Shota Fujiwara (80 tahun) yang telah 3 tahun menderita sakit kepala luar biasa. Beliau telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya (Kemampuan menggerakkan anggota fizikal). Untuk menangani masalah tersebut, beliau telah berjumpa dengan doktor dan pemeriksaan dijalankan dengan bantuan alat CT-scan dan X-ray. Apa yang memeranjatkan, doktor telah menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung kepalanya.

Menurut doktor yang merawat Shota Fujiwara, ulat yang terdapat pada kepala Shota adalah sama seperti parasit yang selalunya terdapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut mahupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan melalui proses pemasakan dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan -10 degree celsius s/d -20 degree celsius selama lebih dari 1 minggu).


P/s: Berhati-hatilah dalam memilih makanan mentah seperti SUSHI & SASHIMI.



Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved