Tampilkan postingan dengan label tawaran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tawaran. Tampilkan semua postingan

FAEZAH ELAI TOLAK WATAK LAKONAN AKSI RANJANG

on 27 Januari 2012

FAEZAH ELAI TOLAK BERLAKON AKSI RANJANG TAU BERKEMBAN | ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

FAEZAH ELAI MANIS BERTUDUNG

Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.


MENARIK HARI INI:

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,” jelasnya.

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul “Bukan Hanya Sedetik” terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.
Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,” katanya.
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2012

on 17 Januari 2012

CARA MENYEMAK TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM 2012 UNTUK KEMASUKAN TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 | MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Assalamualaikum & salam sejahtera

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN MRSM 2012

Dikhabarkan keputusan permohonan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk tahun 2012 akan dikeluarkan pada hari jumaat bersamaan 20 JANUARI 2012. Buat pelajar-palajar yang ada memohon untuk memasuki MRSM, anda bolehlah menyemak keputusan tawaran anda sama ada berjaya diterima atau tidak. Terdapat 2 cara semakan yang boleh digunakan iaitu secara online melalui laman web mara ataupun melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Untuk menyemak melalui laman web MARA, anda boleh lawati laman di bawah:







atau melalui SMS dengan menaip:



MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran anda

dan hantar ke 15888



Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Anastasyea.com
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved