Tampilkan postingan dengan label tax. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tax. Tampilkan semua postingan

Cukai TELEKOM Naik 6% Bermula Januari 2012 [VIDEO]

on 11 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera



Baru-baru ini Bajet 2012 telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Pelbagai inisiatif kerajaan telah diumumkan untuk membantu mengurangkan kesusahan rakyat. Cukai-cukai banyak dikurangkan, subsidi ditambah untuk barang-barang keperluan seharian, dan pelbagai lagi skim bantuan diwujudkan. Salah satu yang menarik perhatian saya yang masih lagi bergelar seorang pelajar ialah baucher pembelian buku teks/ rujukan sebanyak RM200. Ini merupakan berita gembira buat pelajar-pelajar universiti kerana beban perbelanjaan untuk membeli buku rujukan dahulunya perlu ditanggung sendiri oleh pelajar.

Namun begitu, ada khabar angin yang mengatakan bahawa cukai TELEKOM akan dinaikkan 6% mulai bulan Januari 2012. Perkhidmatan telekom yang terlibat termasuklah streamyx, unifi, broadband & lain-lain. Mengapa pihak kerajaan tidak mewar-warkan perkara ini kepada umum padahal cukai ini sudah pasti akan dilaksanakan tahun hadapan. Mengapa tidak dilakukan seperti mana pengumuman kenaikan cukai topup 6% yang lepas?.. Apakah pihak kerajaan ingin membuat kejutan kepada rakyat?






Anda nilai la sendiri perkara ini benar atau palsu semata-mata.





Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved