Tampilkan postingan dengan label tips kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tips kesihatan. Tampilkan semua postingan

SAIZ UKURAN PINGGANG YANG SIHAT | KESIHATAN LELAKI DAN WANITA

on 10 Januari 2012

Saiz Ukuran Pinggang Yang Sihat | Lelaki dan Wanita | Obesiti | Berat Badan Berlebihan | Tompokan Lemak di Perut

Assalamualaikum & salam sejahtera

Berapa Ukuran Lilit Pinggang Anda?

Ukuran saiz badan seseorang bukan saja dilihat melalui berat badan, malah ukur lilit pinggang juga perlu diambil berat. Wanita yang memiliki ukur lilit pinggang lebih dari 80 centimeter sudah boleh digolongkan ke dalam kategori obesiti.

The Japan Society for the Study of Obesity (JASSO) menyatakan wanita yang memiliki BMI (Body Mass Index) di bawah 25 tetapi ukur lilit pinggangnya di atas 80 cm sudah boleh dianggap sebagai obesiti. Berdasarkan panduan lama, ukuran tersebut masih tergolong gemuk (overweight).

Individu yang memiliki BMI 25 atau lebih adalah dikategorikan tidak sihat, lebih parah jika seseorang itu memiliki faktor risiko penyakit jantung lain seperti kolesterol tinggi, hipertensi, serta memiliki ukur lilit pinggang lebih dari 85 cm untuk lelaki dan 90 untuk wanita.

Agensi kesihatan di Jepun menentukan kriteria baru tersebut untuk menilai apakah seseorang menderita sindrom metabolisma semasa melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mereka yang sudah berusia lebih 40 tahun.

Berdasarkan analisis data yang mereka keluarkan, kesimpulannya bahawa gangguan kesihatan seperti kolesterol tinggi akan terjadi jika berlaku tompokan lemak di perut, iaitu lebih dari 85 cm pada lelaki dan 80 cm pada wanita.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Kesan Buruk Salah Pemakaian Bra | Tips Kesihatan

on 08 Januari 2012

Tips Untuk Para Wanita Yang Memakai Bra. Cara Pemakaian Betul Dapat Mengelak Penyakit Tulang Belakang 

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bra

Payudara perempuan terdiri dari jaringan lemak dan kelenjar yang tidak memiliki tulang, dengan tulang belakang menjadi penyokongnya. Jika anda tidak memilih penutup payudara dengan betul, dalam hal ini bra, beban tulang belakang anda bertambah berat. Tubuh pun membongkok dan postur menjadi tidak seimbang.

Doktor chiropractic (pakar tulang belakang dan saraf), Dr. Magieline Rosalina dari Citralife, menjelaskan cara sederhana untuk mengenali postur anda tidak seimbang. 

Perhatikan bahu kanan dan kiri anda semasa berdiri. Jika tidak seimbang, satu lebih tinggi dari yang lainnya, ertinya postur tubuh anda asimetris atau tidak seimbang. Pemeriksaan juga boleh dilakukan melalui telinga. Cuba berdiri tanpa apa-apa alas, minta bantuan orang lain melihat anda, jika telinga kanan lebih pendek dari telinga kiri, atau sebaliknya, ini petanda lainnya postur. Postur asimetris ini salah satunya juga dipengaruhi faktor bra yang tidak betul.

"Payudara yang tidak ditutup dengan baik akan menambah beban kerja tulang belakang, yang berfungsi untuk menyokong seluruh tubuh. Apalagi untuk perempuan berbadan besar atau berpayudara besar. Semakin besar payudara beban tulang belakang juga bertambah besar," jelas Dr. Magie.


Kebiasaan salah pakai bra

Dr Magie menjelaskan, kebiasaan dan persepsi perempuan yang keliru tentang bra menimbulkan banyak risiko. Misalnya, merasa tidak perlu memakai bra ketika di rumah, walhal kadar kerja yang dilakukannya adalah tinggi, misalnya melakukan pekerjaan suri rumah, lalu tidak memakai bra dengan betul, tidak sesuai ukuran, dan membiarkannya walaupun sering kali merasa tidak selesa.

Suri rumah yang sehari-hari di rumah juga perlu memakai bra yang betul kerana kerja-kerja yang dilakukannya juga berat. Dalam melakukan kerja-kerja seharian, payudara perlu dilindungi yang betul. Kalau tidak, postur menjadi asimetris atau tidak seimbang kerana terjadi perubahan kelengkungan pada tulang belakang akibat menggunakan bra sebagai penutup payudara yang tidak betul dan dibiarkan terus-menerus.


Risiko jangka panjang

Pemakaian bra yang tidak betul, jika terus-menerus dibiarkan, menimbulkan risiko ringan hingga jangka panjang. Kerana payudara tidak ditutup dengan baik, lama-kelamaan akan terjadi gangguan otot leher belakang, leher bawah, dan pinggang atas.

Risiko ini muncul akibat perubahan kelengkungan pada tulang belakang sebagai penutup payudara. "Jika kelengkungan tidak normal, tubuh membungkuk, saraf yang terdapat di antara tulang belakang ini akan terjepit kerana lubang saraf mengecil akibat tulang belakang yang melengkung tadi," jelas dr Magie.

Jangan heran, jika anda kerap kali merasakan sakit kepala, kesemutan di tangan, nyeri di tangan dan punggung, atau bahkan sering kali merasa seperti masuk angin yang terjadi berulang kali. Jika semua gejala ini juga dibarengi dengan postur yang semakin membungkuk, kelengkungan tulang belakang yang tidak normal, boleh jadi, penyebabnya kerana anda memakai ukuran bra yang salah.

Dr. Magie mengakui, sejumlah masalah pada tulang belakang yang kerap dialami pesakit perempuannya ada kaitannya dengan pemakaian bra yang salah. Memang gangguan pada tulang belakang tidak lantas berkaitan langsung dengan pemakaian bra. Tim medis harus memperhatikan dan memeriksa lebih menyeluruh. Jika terapi yang dilakukan tidak ada perubahan, boleh jadi masalahnya terkait penutup payudara yang tidak baik. Setelah memeriksa secara menyeluruh, saya sering kali menyarankan untuk memeriksa kembali, apakah bra yang digunakan sudah betul sesuai ukuran.

Dr Magie mengatakan, kesedaran untuk menggunakan bra dengan baik dan benar memang masih rendah. Hal ini didapatinya dari ketidakpahaman pasiennya yang cenderung tidak mengetahui adanya hubungan gangguan tulang belakang dengan pemakaian bra yang keliru. Gangguan tulang belakang yang diakibatkan oleh penutup payudara tidak sesuai.


Kenali gejala awal

Untuk menghindari kesan jangka panjang dari pemakaian penutup payudara (bra) yang tidak betul, anda boleh mula mengenali gejala awal. Rasa pegal yang terus berulang, sakit di bagian belakang tubuh yang tidak juga membaik walaupun anda sudah memijatnya, menjadi tanda-tanda awalnya. Ketika keluhan seperti itu terus berulang, boleh jadi ada yang salah dengan tulang belakang bahkan saraf, bukan sekadar otot yang kaku saja, kata dr Magie.

"Masyarakat kini lebih cenderung mengubati, bukan mencegah," katanya. Ia menambahkan, jika muncul keluhan berulang di tubuh bahagian belakang, sebenarnya boleh dilakukan screening. Dengan itu, perbagai penyakit dapat diketahui lebih awal dan dapat dilakukan tindakan pencegahan atau setidaknya menghindari risiko yang lebih teruk.

Sebab, boleh jadi penyebab sakit punggung dan berbagai masalah tulang belakang lainnya merupakan kesan dari kebiasaan yang salah ketika memilih dan memakai bra.


Sumber: Kompas.com
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved