Tampilkan postingan dengan label video chat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video chat. Tampilkan semua postingan

Nur Amalina Ditemuramah Melalui SKYPE Video Chat

on 04 Januari 2012

Nur Amalina Ditemuramah Melalui Video Chat oleh krew wartawan Beautifulnara.com

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sesi Temuramah Bersama Nur Amalina Che Bakri

Baru sahaja tadi krew wartawan blog Beautifulnara.com menjalankan temuramah dengan menggunakan video chat SKYPE untuk menjawab segala krontroversi yang melanda bekas pelajar cemerlang 17A SPM 2005. Seperti yang sedia maklum, Nur Amalina atau lebih senang dipanggil 'Ina' semasa temuramahnya, dikatakan telah gagal dalam pengajiannya di luar negara disebabkan gaya hidupnya yang bebas. Beliau dikatakan terpengaruh dengan budaya barat yang bebas bukan sahaja dari segi pemakaian malah juga pergaulan.


Dalam temubual tersebut, Nur Amalina mengucapkan terima kasih diatas segala nasihat yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan berjanji akan berubah kepada lebih baik di masa akan datang. Nur Amalina juga berjanji akan berbakti kepada negara selepas tamat pengajian nanti. Beliau kini sedang dalam proses menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan.

Semoga dengan temuramah ini akan dapat menjernihkan keadaan dan menjawab segala kontroversi yang melanda beliau. Kita doakan beliau berubah dan berjaya dalam hidupnya. InsyaAllah~
Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved