Tampilkan postingan dengan label vitamin A. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label vitamin A. Tampilkan semua postingan

10 Buah-buahan paling BERKHASIAT

on 09 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini merupakan entri pertama hari ini yang agak berilmiah. Entri sebelum ini agak santai dan lebih kepada gelak ketawa. Jom layan entri ini. Semoga ada ilmu yang akan anda perolehi selepas membaca entri ini. InsyaAllah~

Buah-buahan menyediakan banyak vitamin dan karbohidrat untuk menyuburkan badan dan juga menambah pelbagai diet. Epal adalah sumber vitamin C, menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya dan membantu melawan kanser. Pisang pula berguna untuk mencegah masalah seperti sembelit dan cirit-birit. Blueberry mempunyai beberapa manfaat kesihatan termasuk ciri-ciri anti-kanser, anti-virus dan anti-radang. Mangga adalah sumber lain untuk memperoleh vitamin C. Kajian telah menunjukkan bahawa buah-buahan ini memberi manfaat kepada artritis kerana ia boleh penyejukkan badan. Berikut adalah sepuluh buah-buahan yang sihat untuk memastikan anda segar, sihat dan penuh dengan kehidupan.


Strawberi

Buah stawberi mempunyai kandungan asid ellagic dan antosianin yang tinggi dan kaya dengan vitamin C (95 mg per cup) dan fiber (3.8 g per cup).



Epal

Sebiji epal yang mempunyai 3 gram serat boleh membantu anda memenuhi keperluan serat dalam badan anda sebanyak 20g -30g dalam sehari. Serat tinggi dalam diet seharian kita akan membantu mengurangkan risiko sakit jantung.



Pisang

Pisang adalah sumber kalium, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan jantung dan fungsi otot. Setiap satu mempunyai 2 g serat.



Blackberry

Buah ini menghasilkan 10 gram serat dalam satu cawan.


Ceri

Buah ceri mengandungi ‘anthocyanin’ iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. la memiliki efek yang lebih bagus dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walau bagaimanapun, ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terialu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan ‘anthocyanin’ di dalamnya.


Blueberry
Blueberry membantu mencegah dan merawat jangkitan pada pundi kencing dengan membuat menyukarkan bakteria untuk melekat pada dinding saluran kencing.


Mangga
Sebiji buah mangga sudah cukup untuk membekalkan kita beta-carotene secukupnya untuk menampung RDA untuk vitamin A, manakala vitamin C sebanyak 57 mg.

Buah Oren
Sebiji buah oren akan membekalkan 50g-70g vitamin C, 40 mcg asid folik dan 52 mg kalsium.


Anggur ungu
Membekalkan tiga komponen untuk menjaga hati: flavonoid, anthocyanin dan resveratrol (berbeza dengan anggur hijau)




Raspberry
Mengandungi 8 g serat bagi setiap cawan, ia juga mempunyai vitamin C, asid ellagic dan antosianin.




Jom klik sini untuk mengundi blog ini^^

 



Wassalam~





 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved