Tampilkan postingan dengan label vs. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label vs. Tampilkan semua postingan

Ujian Ketahanan: IPHONE 4S vs SAMSUNG GALAXY S II !! HAH??

on 24 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Samsung Galaxy S II VS IPhone 4S

Jenama Samsung yang dahulunya kurang popular di kalangan penggemar telefon bimbit kini semakin berkembang dan mampu mencabar pengeluar telefon bimbit lain seperti Nokia, Sony Ericsson, Apple, HTC dan sebagainya. Model yang paling digemari kini ialah model Samsung Galaxy S II. Telefon bimbit ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan telefon bimbit lain. Harganya juga agak murah berbanding telefon bimbit yang lain .

Antara salah satu kelebihannya ialah telefon model Samsung S II mempunyai ciri-ciri tahan lasak. Kebanyakan telefon bimbit yang menggunakan fungsi touch screen adalah sangat sensitif dan mudah rosak sekiranya terjatuh. Namun bagi telefon bimbit model jenis ini agak berbeza dengan yang lain. Video di bawah ini menunjukkan bukti ciri-ciri tersebut yang dilakukan melalui ujian ketahanan dengan menjatuhkannya dari 3 ketinggian yang berbeza. Dan hasilnya, anda pasti teruja !!












Wow!! Hebat kan.. Apa pendapat anda?


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved